peminat :)

jom klik

Saturday, January 21, 2012

Ukhuwwah itu Ukhuwwah KITA

Bila ditanya pasal ukhuwwah,semua orang ada pandangan dan pendapat masing2 kan?Tapi,ukhuwwah tu akan lebih manis dan indah kalau bersandarkan dan berpegang pada tali2 ALLAH,atau nama lain ukhuwwah fillah ^__^

Minggu ni,dari 17-19hb,aku diberi peluang untuk join homestay para akhawat,yang dibuat di Amman.Alhamdulillah aku diberi peluang dan dipermudahkan jalan untuk menyertai homestay ni :) Sangat best dan HAWT sangat!

Ada 3 pengisian yang diberikan sepanjang kami semua kat sana tapi atas beberapa sebab,tak dapat aku nyatakan apa pengisian tu kat sini,maaf yer.Tapi,lepas dengar 3 pengisian,ternyata semangat para akhawat semakin berkobar2.Semua dah tak sabar nak bergerak,berusaha menjadi khalifah di muka bumi.Dan yang paling penting,ukhuwwah yang terjalin antara akhawat terasa lebih erat :)

Best sangat dapat jumpa adik2 junior,akak2 senior dan kawan2 sebatch yang lain.Yang aku nak share kat sini,adalah pasal 1 game yg kitorang main at that time.Dalam game ni,semua orang kena ambil 1 gambar berkaitan dengan tema yang diberi and then give reasons why they choose that picture to fulfill the theme.Group kitorang dapat tema 'Manisnya Ukhuwwah Fillah'.Not too hard and memang sangat best bila dengar pandangan akhawat yang lain ^__^

Antara gambar2 yang ditangkap oleh akhawat dan kenapa dorang pilih gambar tu:

Tukang ambil gambar ckp,dia pilih gambar ni lepas tengok pokok tu
Yang mana,semuanya bercantum.I mean benda yang kecik2 tu.
Bila dia bercantum,jadi mcm satu bunga.Bila berpisah,dah x jadi kan
Macam tu la ukhuwwah,bila kuat dan erat dapat membentuk sesuatu yg kuat dan cantik
Tapi kalau berpecah,jadi sangat lemah :')
Mengikut tukang ambik gambar,dia pilih gambar ni sebabnya,bagi dia,usrah adalah ukhuwwah
Bila kita bersama berkumpul,dengan sebab kerana ALLAH,ukhuwwah tu terjalin dengan sendiri
Wpun kita smua tak berkenalan,tapi atas sebab yang sama,hati kita bertemu kerana ALLAH ^^


Ikut pandangan tukang ambil gambar,ukhuwwah tu bagaikan kenderaan
Sebabnya dalam kenderaan tu ada banyak komponen kan
Dan kenderaan tu tak dapat bergerak jika salah satu komponen takde.
Macam ukhuwwah,kita semua melengkapi satu sama lain.
Macam komponen kereta tu sendiri.Bila dah melengkapi satu sama lain,barulah kita dapat bergerak sama2 :)

 
Mengikut pandangan tukang ambil gambar,dia memilih gambar pokok2 ni sebab dekat sini sebenarnya ada dua jenis pokok yang berlainan.
Tapi walaupun dua jenis pokok yang berlainan,dua2 tetap subur,besar dan kuat.
Pokok ni saling support each other wpun berlainan jenis.
And pokok kan kerja dia tapi carbondioxide and tukar jadi oxygen kan?Macam manusia sendiri,pokok ni ada tujuan kenapa dia diciptakan.And dia melaksanakan function dia dengan betul
Hebat kan pokok ni :)
Lebih kurang ukhuwwah,kita saling melengkapi dan kita semua memainkan peranan masing2 yang tersendiri.And everyone is unique in their own way,right??

 
Dah temanya manisnya ukhuwwah fillah kan,mestilah kena ada gula2 kan??
Ikut pandangan tukang ambil gambar ni,gula2 ni manis kan?Dan dalam satu paket tu ada banyak,jadi dapat share dgn ramai kawan2.
Macam ukhuwwah tu sendiri,memang manis dan kemanisan tu bukan utk kita seorang
Tapi utk dikongsi bersama.
Dan dalam gula2 ni,ada perisa yang masam,ada yang manis.
Macam ukhuwwah,ada time kita akan rasa yg masam tu.
Tapi in the end,wpun ada perselisihan faham,kalau kita sandarkan ukhuwwah tu kerana ALLAH,insyaALLAH ukhuwwah tu akan tetap bertaut kembali :D
Bila satu ukhuwwah tu sangat kuat,
setiap kali sakitkan hati sahabat kita,terasa macam menyakiti hati sendiri ;'(
Pernahke korang rasa mcm tu??

Tu adalah sedikit sebanyak sharing daripada game tu.Pelbagai sungguh pendapat akhawat.Mana satu gambar yang aku tangkap??Tak berani nak mention,takut banyak silap dan salah dalam pendapat sendiri,huhu...

Tu je yang aku nak share this time ^^ Semoga memberi manfaat kepada sahabat semua.Kalau ada silap dan salah,harap maafkan :)

Sem 1 Tahun 2 Ekonomi Islam Yang Osem

Alhamdulillah,dah habis dah pun sem 1 aku sebagai pelajar tahun dua dekat Yarmouk University..Final exam baru je habis 16 Jan 2012 yang lepas.Tak sampai dua hari semua markah dah masuk,muaddal pun dah keluar.Hanya sempat tengok dua hari lepas sebab ada program lain dari 17-19 Jan lepas.

Alhamdulillah,memang sangat bersyukur pada yang Esa sebab memang x sangka akan dapat result macam tu.Dengan ujian hebat masa second exam (yang menyaksikan kejatuhan hebat markah2 exam.jatuh yg dimaksudkan memang sangat hebat yg mana markah hnyalah separuh dari markah penuh), memang banyaklah pertolongan yang ALLAH bagi semasa final exam wpun before final hampir insihab madah Iqtisod Nuqud sebab memang dah sangat tak yakin boleh bawak madah ni.Time nak exam pun study x berapa ada mood sangat tapi alhamdulillah,markah sangat ok.Sampai terjerit2 berguling2 x henti2 bersyukur masa dapat markah :')

Banyak mengharapkan doa dan sokongan parents masa nak final sebab ada fenomena ketidakyakinan yang sangat tinggi melanda masa nak final.Sudahlah study macam ala kadar.Mungkin berkat doa umi dengan abah banyak membantu :')

Sem depan pasti akan lebih mencabar.Sebagai student,aku kena ambil ibrah segala kekurangan daripada sem lepas.Aku akan mencuba lebih baik di sem depan,insyaALLAH

Wassalam...

ps: muaddal masih mumtaz,alhamdulillah :) moga berkekalan,amin ya Rabb..