peminat :)

jom klik

Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

Ukhuwwah itu Ukhuwwah KITA

Bila ditanya pasal ukhuwwah,semua orang ada pandangan dan pendapat masing2 kan?Tapi,ukhuwwah tu akan lebih manis dan indah kalau bersandarkan dan berpegang pada tali2 ALLAH,atau nama lain ukhuwwah fillah ^__^

Minggu ni,dari 17-19hb,aku diberi peluang untuk join homestay para akhawat,yang dibuat di Amman.Alhamdulillah aku diberi peluang dan dipermudahkan jalan untuk menyertai homestay ni :) Sangat best dan HAWT sangat!

Ada 3 pengisian yang diberikan sepanjang kami semua kat sana tapi atas beberapa sebab,tak dapat aku nyatakan apa pengisian tu kat sini,maaf yer.Tapi,lepas dengar 3 pengisian,ternyata semangat para akhawat semakin berkobar2.Semua dah tak sabar nak bergerak,berusaha menjadi khalifah di muka bumi.Dan yang paling penting,ukhuwwah yang terjalin antara akhawat terasa lebih erat :)

Best sangat dapat jumpa adik2 junior,akak2 senior dan kawan2 sebatch yang lain.Yang aku nak share kat sini,adalah pasal 1 game yg kitorang main at that time.Dalam game ni,semua orang kena ambil 1 gambar berkaitan dengan tema yang diberi and then give reasons why they choose that picture to fulfill the theme.Group kitorang dapat tema 'Manisnya Ukhuwwah Fillah'.Not too hard and memang sangat best bila dengar pandangan akhawat yang lain ^__^

Antara gambar2 yang ditangkap oleh akhawat dan kenapa dorang pilih gambar tu:

Tukang ambil gambar ckp,dia pilih gambar ni lepas tengok pokok tu
Yang mana,semuanya bercantum.I mean benda yang kecik2 tu.
Bila dia bercantum,jadi mcm satu bunga.Bila berpisah,dah x jadi kan
Macam tu la ukhuwwah,bila kuat dan erat dapat membentuk sesuatu yg kuat dan cantik
Tapi kalau berpecah,jadi sangat lemah :')
Mengikut tukang ambik gambar,dia pilih gambar ni sebabnya,bagi dia,usrah adalah ukhuwwah
Bila kita bersama berkumpul,dengan sebab kerana ALLAH,ukhuwwah tu terjalin dengan sendiri
Wpun kita smua tak berkenalan,tapi atas sebab yang sama,hati kita bertemu kerana ALLAH ^^


Ikut pandangan tukang ambil gambar,ukhuwwah tu bagaikan kenderaan
Sebabnya dalam kenderaan tu ada banyak komponen kan
Dan kenderaan tu tak dapat bergerak jika salah satu komponen takde.
Macam ukhuwwah,kita semua melengkapi satu sama lain.
Macam komponen kereta tu sendiri.Bila dah melengkapi satu sama lain,barulah kita dapat bergerak sama2 :)

 
Mengikut pandangan tukang ambil gambar,dia memilih gambar pokok2 ni sebab dekat sini sebenarnya ada dua jenis pokok yang berlainan.
Tapi walaupun dua jenis pokok yang berlainan,dua2 tetap subur,besar dan kuat.
Pokok ni saling support each other wpun berlainan jenis.
And pokok kan kerja dia tapi carbondioxide and tukar jadi oxygen kan?Macam manusia sendiri,pokok ni ada tujuan kenapa dia diciptakan.And dia melaksanakan function dia dengan betul
Hebat kan pokok ni :)
Lebih kurang ukhuwwah,kita saling melengkapi dan kita semua memainkan peranan masing2 yang tersendiri.And everyone is unique in their own way,right??

 
Dah temanya manisnya ukhuwwah fillah kan,mestilah kena ada gula2 kan??
Ikut pandangan tukang ambil gambar ni,gula2 ni manis kan?Dan dalam satu paket tu ada banyak,jadi dapat share dgn ramai kawan2.
Macam ukhuwwah tu sendiri,memang manis dan kemanisan tu bukan utk kita seorang
Tapi utk dikongsi bersama.
Dan dalam gula2 ni,ada perisa yang masam,ada yang manis.
Macam ukhuwwah,ada time kita akan rasa yg masam tu.
Tapi in the end,wpun ada perselisihan faham,kalau kita sandarkan ukhuwwah tu kerana ALLAH,insyaALLAH ukhuwwah tu akan tetap bertaut kembali :D
Bila satu ukhuwwah tu sangat kuat,
setiap kali sakitkan hati sahabat kita,terasa macam menyakiti hati sendiri ;'(
Pernahke korang rasa mcm tu??

Tu adalah sedikit sebanyak sharing daripada game tu.Pelbagai sungguh pendapat akhawat.Mana satu gambar yang aku tangkap??Tak berani nak mention,takut banyak silap dan salah dalam pendapat sendiri,huhu...

Tu je yang aku nak share this time ^^ Semoga memberi manfaat kepada sahabat semua.Kalau ada silap dan salah,harap maafkan :)

Tuesday, December 20, 2011

Kekecohan dan Kekepohan Pasal Video Tunang

Assalamualaikum...
It's morning already in Jordan :)

Sejak dua hari yg lepas sgt2 la kecoh dekat internet pasal video "I've been proposed and now I'm engaged" tu sampai kan beriban org dok share video tu trmasuk la aku,ngeh3.You can watch it here here.Selain dari tu,blog kepada tuan yg dilamar tu pun dah jadi sangat fofuler after dia buat video tu.Follower blog dia dari awal2 yg aku tgk baru 350++ dah jadi 2000++ 0_o

You can go and read her blog Dena Kamarul Bahrin here.

Sejak dia buat video tu memang byk komen yg aku dah baca.Tak kurang juga artikel2 dalam blog.Ada yg suka.Ada yg hentam.Ada yang malas nak ambil kisah.Tapi,sorry to say,aku SOKONG sahaja cik Dena ni punya video.

Ehem,ingin diberitahu aku sokong bkn sbb semata-mata aku rasa video tu sgt sweet comel alolo bestnyer kalau benda mcm tu jadi kat aku,oi,tak...Kalau setakat nak rasa mcm tu,mat saleh pun byk buat video sweet2 kan.NOPE.That's not the reason.Aku sokong sbb aku rasa video tu boleh bg impak yg baik dekat budak2 Malaysia,I mean teenagers nowadays la.Sebab in my opinion,many people can relate to her,even myself.Dia jenis gila2,pakai pun biasa2,mcm teenagers lain but dia buat something yg org lain jrg buat.

After tgk video tu,mybe rmai other teenagers akan rasa, 'wah,dia boleh buat mcm tu.so sweet.x kenal dah brtunang.aku pun nak mcm ni la.x nak couple2 lagi.suruh mak cari someone and then brtunang dgn dia' See?X mustahil kan?

Kawan aku sorang ni ckap, "perempuan ni dgn lelaki tu x mcm yg aku bygkan.aku ingatkan dorang jenis yg alim2 ke.rupanya biasa je"

M answer is, "bagusla jugak tu.dorang biasa2 je tapi ada kesedaran utk buat sesuatu yg baik dan betul.org lain yg ada pengetahuan agama tak buat sgt mcm tu pun kan.sometimes main tibai je couple mcm org biasa".



Ada org komen dkat blog,apa yg dia buat x elok sbb sbaiknya elok sweet2 ni lpas kahwin je.Yg tu,aku mls nk komen pndpt org tu,everyone have their own opinion :) Cuma bagi aku,ape yg lelaki tu buat x melampaui batas.Just a picture.And dia buat tu utk tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan dia.Lagi2 dia pernah kena rijek kan dgn perempuan tu.So mesti la dia kena buat something.Ingat senang ke a guy nak buat mcm tu?Kena buang ego dan malu tahu!Lagi2 bila dah pernah kena rijek.

Aku nak share pndpt Hilal Asyraf dan aku sgt setuju pendapat Hilal tu,sangat benar dan tepat.Orang yg dah rasa shaja tahu,hoho...His opinion:

"Ada orang tak tahu perasaan kena reject macam mana.
Saya tahu.
Ada orang tak tahu perasaan diterima semula selepas kena reject macam mana.
Saya tahu.
Sebab itu, saya support je video yang sweet tu. Sebab saya faham.

Bila perempuan yang kita cintai reject kita, 'geng-geng manusia biasa macam saya' ni mesti terluka punya walaupun usaha untuk redha. So bila diterima semula, kita yang dah pernah kena reject ni mestilah usaha sungguh-sungguh buat yang terbaik kepada perempuan itu. Dah pernah kena reject la katakan, kita mesti fikir ada something wrong pada kita yang buat sampai perempuan tu reject kita. So kita akan usaha jadi se'sweet' mungkin, agar perempuan tu ada impression yang baik pada kita, agar dia tidak takut dengan kita, agar dia tak rasa menyesal terima kita.

Dan bila perempuan tu post video 'keterharuan' dia, pada saya itu respon spontan seorang yang sangat-sangat terharu, yang mungkin baru tersedar yang dia rupanya tak pernah buka peluang untuk kenal dengan lelaki yang cuba lamar dia, yang mungkin baru terperasan yang dia sebenarnya dikurniakan seseorang yang amat manis.

Janganlah kita bising-bisingkan fasal "Rahsiakanlah pertunangan" kepada mereka ini. Sedangkan, merahsiakan pertunangan itu tidak pernah qat'ie. Janganlah kita gempak-gempakkan dengan "kalau putus nanti macam mana?", sepatutnya kita encourage agar mereka cepat&selamat berkahwin. Sekurang-kurangnya, lelaki dan perempuan tu telah menunjukkan satu contoh yang baik, bukan bercouple. Tunjuk contoh macam mana 'melamar' dengan baik, dengan jalan yang baik, dengan prinsip yang baik."

Jadi,that's all that I want to say.Lain org lain pandangannya.I have my own opinion.Pasal org ckp heboh x heboh pertunangan tu,aku serah pada org yg lebih maklum hukumnya.X berani nak komen lebih sbb ilmu aku masih x cukup.

Yang baik dari ALLAH.Yang buruk adalah kelemahan aku sendiri.Wassalam...