peminat :)

jom klik

Friday, April 27, 2012



there are always things you'll never have
and you have to accept that 
and let go

Dont Have to Read This

When i saw someone beautiful, I still feel insecure and ugly.
guess that is the effect for having pimple since the age of 10 and people keep telling you your face looks like kawah bulan
I dont know why but I'm insecure with myself. I never feel I'm beautiful. I've always feel I'm ugly, ordinary and have nothing special.
I mean, I'm not even superkind type (alim2), not even the beautiful type, I'm not even the friendly and nicest person you'll ever met. I'm not clever. I'm just the simple-not-even-girl-next-door type.
Maybe it's because the way the people define beautiful.

Beautiful is when you:

have fair skin (cerah la)
skinny (kurus)
have flawless skin (yg takde jerawat tu)
have a nice voice which i didnt even have
have a sweet smile
.................
.................

and the list goes on and on.

Sometimes I hate myself for even feeling like this.
I hate the way I always feel insecure.
The way I look at life and the way I judge it.
It feels like I'm not qualified for anything.

I hate that I have a complicated life. Which is full of dramas. And I just want to have ordinary family.

I dont like the way I sound so ungrateful.
I love my family and friends. And I DO LOVE my life.
I just...erm,maybe sometimes I just too stressed out.
I'm TIRED. TIRED to always makes myself feel better.
Sometimes I just wanna run away and cry.



-minta maaf tulis agak emo.hanya untuk lepaskan perasaan sendiri-


Tuesday, April 24, 2012

Cant I Turn It Around??



I mean,the world is round.
Everything work in cycle.
Cant I just turn this thing around??

What can I do to make the world a better place?
Where there is no war, no crime, no cry over such things

Saturday, April 21, 2012



writing is my second way of talking
second way of expressing my feelings
guess that much easily

Neraca Perhitungan Manusia






Perbualan satu petang antara dua rakan,yang kebetulan kedua-duanya memakai baju kurung dan bertudung labuh,Joyah dan Bedah sambil merefer kepada A yang memakai tudung tak berapa nak labuh;


"Eh, cuba kau tengok perempuan tu. Dia tu budak sekolah XXXXX kan. Dengar cerita budak sekolah tu semuanya alim-alim,yelah,sekolah agama kan. Tapi aku tengok budak tu, biasa-biasa je. Tudung takdelah labuh sangat. Baju pun selalu T-shirt dengan seluar je.Tak pernah nampak kat luar pakai baju kurung. Nampak sangat alim dekat sekolah je. Tu sebab sekolah wajibkan pakai tudung labuh la tu. Nampak sangat belajar ilmu tak melekat dekat hati," Kata Joyah kepada Bedah sambil menjeling-jeling menyampah dekat A.


"Itu baru yang kau nampak kat luar. Kau tak tau ke, dekat rumah dia tengok drama korea, drama orang putih. Dengar pun lagu Korea dengan lagu English je. Mana main dengar nasyid macam kita-kita ni. Tu lah namanya orang belajar demi exam, belajar agama banyak-banyak pun tak melekat dalam hati," Kata Bedah kepada Joyah sambil memandang sinis kepada A.

Ehem,berdehem kejap,sakit tekak :)
Orang alim semuanya pakai tudung labuh ke?
Orang alim semuanya pakai baju kurung sahaja ke?
Orang alim semuanya dengar nasyid sahaja ke?
Orang alim semuanya kena sekolah agama ke?
Orang alim tu tak boleh buat silap ke? Dah perfect sangat macam Nabi?
Dah perfect sangat sampai boleh menghukum orang lain??

Tu lah namanya neraca manusia.
Neraca yang sangatlah tak tepat, penuh dengan prasangka, penuh dengan hasad dengki, penuh dengan sangka buruk, penuh dengan tuduhan, penuh dengan hukuman, penuh dengan caci maki,penuh dengan segala pandangan keduniaan,penuh dengan pandangan pada material sahaja dan macam-macam lagi.

Allah ciptakan semua manusia unik dengan ciri-ciri dan keistimewaan masing-masing. Semua orang tak sama. Keluarga yang berbeza, pendidikan berbeza, latar hidup berbeza, persekitaran berbeza dan semua yang sewaktu dengannya. Jadi wajarkah kita yang juga merupakan seorang hamba, yang masih lemah dan banyak kekurangan, menghukum dan menilai orang lain berdasarkan apa yang kita lihat dan nampak di luar? Dengan neraca yang telah kita sendiri tetapkan.

Saya sendiri sebagai pelajar Timur Tengah kadang-kadang sudah muak dan jelik dengan neraca manusia-manusia sekeliling. Lagi-lagi bila saya belajar di universiti yang mana ramai pelajarnya mengambil bidang Syariah, yang mana sekeliling saya adalah biah solehah. Tapi apa gunanya biah solehah kalau orangnya tidak solehah??

Saya sendiri pernah melalui penilaian neraca manusia ni yang pada pandangan saya sangatlah kejam. Saya akui, saya banyak kelemahan. Saya mungkin sekolah agama, bila exam agama Mumtaz. Markah subjek-subjek agama jarang bawah 80. Tapi di luar sekolah, saya membawa karakteristik A di atas. Salah saya yang tidak mengambil ilmu yang saya belajar dengan hati. Itu benar. Saya belajar kerana nak exam. Jadi ilmu agama yang saya pelajari, tak terpancar pun dalam gaya hidup saya.

Tapi wajarkah orang sekeliling menghukum saya? Dan bukan hanya saya tujukan perkara ini kepada saya,refer pada saya seorang tapi orang-orang lain yang senasib dengan saya.

Dalam perjalanan setelah mendapat tarbiyyah, banyak saya belajar. Sungguh benar rasanya mujahadah dan mujadalah tu. Kadang-kadang rasa macam banyak kali tersungkur tapi saya tetap bersyukur Allah tak pernah lupakan saya. Sentiasa beri saya peluang :')

Kita melihat orang dari luaran, kita judge mereka dari luaran, pakaian, penampilan, muamalat mereka. Tapi kita tahu ke bagaimana kehidupan mereka di rumah? Kita tahu ke bagaimana parents mereka, keluarga mereka, rakan-rakan mereka? Semua tu banyak memberi kesan pada kehidupan seseorang. Dan paling penting, tahukah kita apa yang ada di dalam hati mereka? Mana tahu, dalam hati mereka, mereka sedang melalui keperitan, kesusahan untuk berubah menjadi hamba yang lebih taat dan patuh,menjadi insan yang lebih baik.

Manusia, iman kita memang sentiasa naik dan turun. Kita bukannya malaikat yang imannya statik sahaja. Ada hari iman kita tinggi, mungkin ibadah kita lebih, mungkin baju kita lebih besar daripada biasa, mungkin tudung lebih labuh dan bila iman turun, mungkin sebaliknya yang kita buat. Tapi wajarke kita tegur atau perli orang tu? Contohnya macam yang saya sendiri pernah lalui;

"Kenapa hari ni tudung kau lain sikit? Pendek betul aku tengok. Tudung balad tu ke? Selalu tengok pakai tudung besar je. Hari ni pulak jadi pendek."

Boleh ke tegur dengan cara macam tu? Berhemah ke? Kalau kita nampak pada suatu hari tu, tindakan orang tu berlainan dari biasa, macam tudung tu, sangka baik lah. Mana kita tahu apa dalam hati mereka. Mana kita tahu, mungkin pada waktu itu, diri orang itu sendiri sedang penat bermujahadah
-tudung saya itu tidaklah pendek.menutup sahaja dada dan saya tidak simpang pun tudung tu kerana risau nampak pendek.tapi rakan ni,bagi dia,tudung hanya labuh bila dah sampai ke punggung,bila hadapan labuh sampai ke melebihi pinggang.mungkin pada dia,tudung saya masih tidak cukup syarat,wallahualam-

Sentiasa sangka baik pada orang lain. Semua orang ada kesusahan masing-masing. Muajahadah setiap orang berbeza. Jangan hanya kerana kita sekolah agama,pakai tudung labuh kita dah rasa diri kita lebih baik dan lebih alim daripada orang lain.

Orang pakai tudung labuh semuanya dah perfect ke? Orang pakai baju kurung semuanya dah perfect ke? Tak buat dosa,LANSUNG???

Ramai sahaja yang saya lihat, akhlaknya tak seindah tudungnya yang labuh. Pergaulannya dengan berlainan jantina, lebih teruk dan adakalanya macam orang tak tahu batas pergaulan,astaghfirullah...Tapi saya sendiri tak  mahu menjadi orang yang judgement, saya anggap, mungkin waktu itu imannya sedang kurang. Mujahadahnya menemui jalan yang payah. Saya hanya mampu doa orang itu sedar akan salahnya dan berubah.

Perkara ni sama sahaja pada kaum lelaki, bukan kaum wanita je. Tak semua yang pakai jubah tu baik, tak semua yang pakai serban tu baik. Tak semua yang main bola jahat, tak semua yang main game jahat.

Daripada kita sibuk menghukum, apa salahnya kita mendekati individu-individu yang sibuk kita hukum tu, ajak mereka sama-sama kembali pada Allah? Tegur mereka dengan hikmah. Sebelum tegur tu, bina hubungan dan ukhuwwah baik dengan mereka dulu. Jangan main terjah tegur. Nanti makin lari pula orang tu. Kata nak masuk syurga. Takkan nak duduk syurga sorang-sorang??
Tariklah tangan sahabat kita bersama, keluarga kita, orang-orang di sekeliling kita.

Hanya Allah yang layak menilai dan menghukum hamba-hambaNya. Neraca Allah lah yang paling tepat dan mustahil silap. Semoga segala yang kita buat berada di neraca yang diredhai Allah. Biarlah manusia dengan neraca dan nilaian mereka. Neraca manusia takkan pernah sama dengan neraca Allah.

Akhir kata, yang baik daripada Allah, yang kurang adalah daripada kelemahan diri saya yang masih banyak kekurangan ni. Saya sendiri cuba menghindarkan diri daripada sifat-sifat judgmental dan suka menghukum ni. Moga ALLAH permudahkan. Moga ALLAH redha dengan kehidupan kita. Wallahualam...

Kelam Kabut

Tiba-tiba Blogger tukar layout baru untuk Dashboard. Serius serabut =_="
Nak tulis post baru pun macam pelik, ambik masa nak cari butang untuk taip post tu je -double sigh-
Kelam kabut. Definite word to describe everything now. Rasa macam for a while, everything is tumbling over. Penat, bukan setakat dengan exam tapi dengan berjuta benda yang lain...

Hmmm... Bukan setakat PERMAI je kena muhasabah ni,aku pun kena muhasabah,lebih...Lebih daripada biasa..

Tuesday, April 17, 2012

Seronok

Bila tiba-tiba dikunjungi sorang akak senior, yang rasanya agak qawiyy dalam tarbiyyah ni. Dan bila sambil makan-makan buat sharing-sharing,rasa best sangat. Walaupun bukanlah sharing apa sangat,bukan secara formal pun tapi terasa kefahaman semakin bertambah. Rasa semakin semangat pulak. Dalam keadaan penat-penat ni,bila dah dapat lebih pemahaman, baru terasa lebih bersemangat untuk terus kuat,kuat atas jalan ni :)

Sunday, April 15, 2012

Malu Tiba-Tiba

Sebab rasanya macam banyak tulis benda yang emo dan tak berfaedah?? =_="
Minta maaf semua,mungkin hormon tak menentu,huhu..

Esok exam Muhasabah Muassasat Maliah,lusa exam Maharat Maklumat. Takut sebab banyak sangat tak faham (yang madah akaun tu la).

Dah semakin kurang sharing-sharing ayat Al-Quran sekarang. Diri sendiri dah banyak lalai sangat ni, astaghfirullah... Kuatkan mujahadah, banyakkan muhasabah...

Wassalam...


-when a certain doctor change profile picture to the one of that doctor in the uniform XD tak boleh puji selalu ni-
Made a wrong turn once or twice. 
Dug my way out,  
blood and fire.  
Bad decisions, that's alright.  
Welcome to my silly life.  
Mistreated, misplaced, misunderstood!  
Miss "No way,It's all good", 
it didn't slow me down  
Mistaken, 
always second guessing, underestimated!  
Look, I'm still around...


i'll stay strong till the end, i wont move
throw anything my way
i'm stronger than any of you think :) 

 

Saturday, April 14, 2012

When I'm quiet, that means I'm TOTALLY pissed off or I'm totally sad like crazy or I'm pissed off with myself.
I'm rarely quiet, I'm always loud and noisy so sometimes when I'm quiet, I surprised even myself, at the condition of how quiet I can be. When I'm thinking about something deeply, I tend to be quiet. When I'm angry, I'll stay quiet and I dont even want to see the face of the person who makes me angry. When I'm hurt with someone's words or actions, I'll stay quiet because I'm afraid I'll never be able to forgive them. When I make someone angry, I'll stay quiet or I'll start thinking of all bad things that person have done and how I easily forgive and forget them and how that person never done the same for me. 

I'm easy to read, like an open book

Tolong Diam dan Senyap



Kadang-kadang, mulut orang memang tak reti untuk berhenti bercakap. Terutamanya pada benda yang tiada kaitan dengan dorang. Yang tak sukanya, bila di hadapan orang yang dikata tu, diam seribu bahasa, bila orang dah tiada, sibuk pulak mengata tindakannya. Hmmm...

Biasa dah jadi.. Jadi anggap tiada apa-apalah. Tu kot beza aku dengan orang. Aku tak puas hati, aku cakap terus. Walaupun mungkin orang tu yang terasa. Tapi berbanding orang yang kata belakang-belakang ni, memang tak patut la.

Kalau rasa orang tu buat salah (aku lah tu) cakap je depan-depan. Tegur dengan cara baiklah. Bukannya dengan cara yang kasar. Contoh cara kasar:

"Hanum,aku tak puas hati lah dengan kau. Dulu kau cakap A, lepas tu B. Kau ni memang lah. Bilalah nak berubah. Perangai dari dulu sampai sekarang sama je"

Kalau cakap macam tu, memang sampai bila-bila aku takkan cakap dengan orang tu dah. Sebenarnya semua orang (even aku) ok je untuk ditegur. Tapi dengan cara yang baik la, berakhlak, beradab. Nabi Muhammad pun pernah menegur tapi dengan cara yang betul la. Aku pernah ditegur oleh seorang classmates time sekolah menengah pasal kata-kata aku yang tajam dan dia terasa. Alhamdulillah, nasib baik la kawan ni tegur kalau tak sampai bila-bila aku tak perasan.

Dan yang pentingnya, jangan lah mengata sesuatu yang kita tak puas hati dengan orang tu belakang-belakang, cerita dekat orang lain lepas tu tuan punya badan terdengar dari orang lain. Lagi sakit hati tahu??!

Ehem, sebagai insan yang lemah lagi banyak kelemahan ni, aku nak mintak maaf dekat semua orang yang mengenali aku kalau-kalau aku pernah buat salah, tanpa sedar ataupun time sedar. Kalau ada salah aku pada korang, bagi tahu lah. Memang kalau aku tak sedar, aku mintak maaf. Aku bukanlah jenis yang ego untuk meminta maaf dan memaafkan,insyaAllah..

"Orang yang mengumpat walaupun dah bertaubat, akan menjadi orang terakhir yang masuk syurga. Dan orang yang tak bertaubat akan menjadi orang terawal masuk neraka"


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ 
مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
 
"O believers! Avoid immoderate suspicion, for in some cases suspicion is a sin. Do not spy on one another, nor backbite one another (to say something about another behind ones back that if one hears it, dislikes it). Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Surely you would abhor it. Fear Allah; for Allah is the Accepter of repentance, Merciful." 49:12

Wednesday, April 11, 2012

Syukur Beribu Kali Syukur

Alhamdulillah,,, Alhamdulillah.. Ternyata Allah uji hamba-hambaNya bersebab sebab bila dah diuji ni lah, baru tergesa-gesa dan resah-gelisah mencari Allah, baru lah lebih banyak ingat pada Allah, barulah nak sibuk memuhasabah kesilapan diri sendiri.

Alhamdulillah, time first exam hari tu, sangat kecewa dengan satu madah ni, tapi ternyata Allah Maha Adil, DIA tolong untuk second exam ni, alhamdulillah.. Bagus jugak diuji. Time down dapat markah sikit hari tu, memang banyak memuhasabah diri balik, mana yang silap, mana yang kurang dekat diri sendiri.

Malu dengan Allah, selalu memberi pada hambaNya, yang lemah macam aku, yang banyak buat dosa. Yang selalu tak tahu malu nak terus-terusan meminta-minta (mata pedih kejap.eh...)




فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
 
Therefore, remember Me, and I will remember you, be grateful to Me and never deny Me.
2:152

Tuesday, April 10, 2012

Aku Berubah Kerana Allah atau Kerana Tarbiyyah??





Dah beberapa hari berfikir. Semakin dalam berfikir, bila diri sibuk muhasabah, kenapa masih tak nampak perubahan membina dalam diri? Mujahadah, semakin lama semakin terasa sukar. Perangai-perangai dan perbuatan buruk yang cuba ditinggalkan, lagi-lagi sejak terjun ke dunia tarbiyah, pun terasa makin sukar. Semakin sedih bila semakin banyak pula jahiliyyah yang datang :'(

Bila muhasabah kembali,saya mula terfikir, mungkinkah semua ni terjadi kerana saya berubah bukan dengan niat yang betul? Berubah atas nama, saya sudah join gerabak tarbiyyah, saya telah didedahkan dengan jahiliyyah. Saya sudah menjadi orang baru. Daripada tidak tahu kepada tahu, Kalau dah tahu, mana mungkin saya masih tegar melakukan jahiliyyah dengan segan silu di hadapan Allah? Ish2 (geleng kepala)

Di zaman muda mudi, riang ria gembira bagai kanak-kanak ribena, memang tidak terlalu terasa bersalah dengan jahiliyyah diri. Ada sesetengah jahiliyyah tu,saya tidak tahu pun adalah jahiliyyah. Saya senitasa ingat ia adalah sesuatu yang biasa, sesuatu yang semua orang lakukan, astaghfirullah....

Apatah lagi, diri sendiri ada banyak sejarah dengan tarbiyyah. Awal-awalnya, tarbiyyah yang saya dapat langsung tak mampu menyedarkan saya dari lena yang panjang. Langsung tidak terasa kemanisan ukhuwwah, langsung tidak terasa keinginan ingin berubah,langsung tidak terasa keinginan untuk bergerak lebih jauh di masa hadapan memegang bulatan gembira sendiri. Senang kata, tarbiyyah yang diterima tidak membasahkan jiwa.

Tapi Allah maha kuasa, berkat izin dariNya, saya diperkenalkan dengan tarbiyyah lagi sekali, dengan wasilah berbeza tapi yang benar-benar menyentuh hati,membasahkan jiwa. Baru terasa indah ukhuwwah atas jalan yang sama, baru berjumpa teman menangis bersama mengenangkan perjalanan diri yang masih jauh :') Allah temukan diri ini dengan tarbiyyah yang lebih indah di situ.

Semakin lama dalam tarbiyyah, mestilah saya ingin lihat diri saya yang jauh lebih baik daripada dahulu. Mungkin dari segi luaran dan amalan, sudah banyak yang berubah, alhamdulillah.. Tapi dari segi dalaman dan jahiliyyah-jahiliyyah tegar, kenapa susah sangat ingin ditinggalkan?

Ada satu masa,saya keliru. Untuk apa dan untuk siapa saya berubah? Betul-betul kerana Allah ke? Atau pun kerana keadaan diri, mengenangkan diri dalam tarbiyyah dan semua orang ingin berubah, semua orang sudah jauh melangkah jadi saya yang masih jauh di belakang, terkial-kial ingin berlari mengejar mereka di hadapan.

Adakalanya terasa bagaikan Allah ingin menguji dengan keazaman diri. Jahiliyyah yang ingin ditinggalkan makin kerap muncul, makin kerap menggoda diri supaya kembali hanyut. Sampai satu tahap, terasa ingin menangis air mata darah, mengenangkan dosa-dosa yang tidak tahu sudah berapa banyak dikumpul.

Terasa malu dengan Allah, malu dengan orang sekeliling, malu dengan rakan-rakan bulatan gembira, malu dengan naqibah. Terasa diri hanya baik di luaran. Malu dengan Allah, kerana diri ini masih terus-terusan diberi nikmat olehnya, sedangkan dalam masa yang sama, masih tak jauh perubahan diri. Terasa mujahadah tak pernah cukup, terasa diri tak berusaha.

Mungkinkah susah perubahan ini kerana niat yang tak betul? Kerana tarbiyyah dan bukannya kerana Allah? Sempat saya ajukan soalan kepada housemate yang turut berada di jalan tarbiyyah. Housemate yang sangat saya hormati dalam diam kerana dirinya yang mengajak saya terus berada di jalan tarbiyyah.Menurut dia, normal lah jika pada awalnya saya mungkin terasa ingin berubah kerana sudah mendapat tarbiyyah. Tapi lama-kelamaan, saya sendiri akan sandarkan mujahadah itu pada Allah. Sering dia ulangi, yang Allah pandang adalah usaha mujahadah kita dan bukanlah hasilnya semata-mata (mengalir air mata)

Puas saya bermuhasabah diri. Dan tak putus-putus saya panjatkan doa, agar sentiasa betul niat saya ingin berubah keranaNya, agar sentiasa dipermudahkan jalan, agar dikuatkan hati untuk terus thabat. Risau dosa yang banyak menghalang diri dari terus thabat :( Doa saya juga turut mengiringi rakan-rakan seperjuangan di atas jalan yang sumpah osem dan susah ini. Moga Allah terus mempertautkan hati-hati kita, semoga diberi kekuatan untuk diri kita masing-masing untuk terus thabat, terus kuat menghadapi badai ujian dunia.

Yang baik daripada Allah, yang lemah adalah kelemahan diri saya sendiri. Bersyukurlah kerana kita dipilih berada di jalan ini. Dan yakin semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. :)

Friday, April 6, 2012

making memories

everyday that passed by,what have passed will never come back
but still,it'll stay forever somewhere,and we will always remember it

it's something called memories.
the good ones make us smile everytime
the bad ones will always make us feel sad 
but it's the one we rarely forget
because it's the one that taught us to be better
make us the person we are right now

memories,not too bad too have
but too precious too lose
because you are the only one that can hold on to it :)

Wednesday, April 4, 2012

there are things that cannot be say by words
but can be seen by action

there are things that are so precious,but easily broken
there are things that you love but you will never have
things that you want but you can only see
people you miss but you can only counting days to meet them

things that are called as relationship
relationship with family,friends
and everyone around

Fikir Panjang

Kebetulan lepas maghrib tadi ada senior datang singgah rumah,Kak Hasna',nak ambil tiket flight dia. Dah alang2 datang jauh,borak-borak la kejap. Konon nak kejap tapi lama-lama dah jadi macam halaqah pulak :D Thanks Kak Hasna' dengan perkongsian yang sangat membuka fikiran,menambahkan maklumat dan memberi pengajaran tu ^__^

Bila dah borak2 panjang,banyak topik ni,memang banyak la yang aku terfikir. Banyak benda yang dimuhasabah dari setiap sudut. Banyak benda yang aku sedar, kesilapan yang aku pernah buat. Serius rasa sangat tak matang bila deal dengan problem. Aku memang x pandai nak hadapi masalah dan sometimes aku lagi senang lari dari masalah tu. Dalam banyak benda la.

Dan aku takut hadapi kenyataan, takut apa yang kita tahu,lagi baik tak tahu daripada tahu. Jadi sekarang, bila semakin banyak tarbiyyah yang kita dapat,lagi besar mujahadah diri tu. Memang terasa lemah. Jahiliyyah masa muda banyak sangat. yang sekarang pun banyak jugak :(

Lagi lama,lagi banyak problem. Lagi banyak nak kena decide.Rasa sometimes nak letak semua benda on hold kejap,boleh tak?

Monday, April 2, 2012

Guilty As Ever

My lazy self couldnt find anything good to do sometimes. Yes, I'm lazy.

I'm feeling guilty for keep on doing the same things I have told myself not to do. It's like,the more I tried, it gets harder and the thing is calling for me more =_=" -the hardness of mujahadah-

I'm just hoping that Allah will continue giving me strength. I'm not strong. And I'm feeling extremely weak.



ps: last contact,27/4.almost a week already.try better!