Kebetulan lepas maghrib tadi ada senior datang singgah rumah,Kak Hasna',nak ambil tiket flight dia. Dah alang2 datang jauh,borak-borak la kejap. Konon nak kejap tapi lama-lama dah jadi macam halaqah pulak :D Thanks Kak Hasna' dengan perkongsian yang sangat membuka fikiran,menambahkan maklumat dan memberi pengajaran tu ^__^
Bila dah borak2 panjang,banyak topik ni,memang banyak la yang aku terfikir. Banyak benda yang dimuhasabah dari setiap sudut. Banyak benda yang aku sedar, kesilapan yang aku pernah buat. Serius rasa sangat tak matang bila deal dengan problem. Aku memang x pandai nak hadapi masalah dan sometimes aku lagi senang lari dari masalah tu. Dalam banyak benda la.
Dan aku takut hadapi kenyataan, takut apa yang kita tahu,lagi baik tak tahu daripada tahu. Jadi sekarang, bila semakin banyak tarbiyyah yang kita dapat,lagi besar mujahadah diri tu. Memang terasa lemah. Jahiliyyah masa muda banyak sangat. yang sekarang pun banyak jugak :(
Lagi lama,lagi banyak problem. Lagi banyak nak kena decide.Rasa sometimes nak letak semua benda on hold kejap,boleh tak?

No comments:
Post a Comment