peminat :)

jom klik

Tuesday, April 10, 2012

Aku Berubah Kerana Allah atau Kerana Tarbiyyah??





Dah beberapa hari berfikir. Semakin dalam berfikir, bila diri sibuk muhasabah, kenapa masih tak nampak perubahan membina dalam diri? Mujahadah, semakin lama semakin terasa sukar. Perangai-perangai dan perbuatan buruk yang cuba ditinggalkan, lagi-lagi sejak terjun ke dunia tarbiyah, pun terasa makin sukar. Semakin sedih bila semakin banyak pula jahiliyyah yang datang :'(

Bila muhasabah kembali,saya mula terfikir, mungkinkah semua ni terjadi kerana saya berubah bukan dengan niat yang betul? Berubah atas nama, saya sudah join gerabak tarbiyyah, saya telah didedahkan dengan jahiliyyah. Saya sudah menjadi orang baru. Daripada tidak tahu kepada tahu, Kalau dah tahu, mana mungkin saya masih tegar melakukan jahiliyyah dengan segan silu di hadapan Allah? Ish2 (geleng kepala)

Di zaman muda mudi, riang ria gembira bagai kanak-kanak ribena, memang tidak terlalu terasa bersalah dengan jahiliyyah diri. Ada sesetengah jahiliyyah tu,saya tidak tahu pun adalah jahiliyyah. Saya senitasa ingat ia adalah sesuatu yang biasa, sesuatu yang semua orang lakukan, astaghfirullah....

Apatah lagi, diri sendiri ada banyak sejarah dengan tarbiyyah. Awal-awalnya, tarbiyyah yang saya dapat langsung tak mampu menyedarkan saya dari lena yang panjang. Langsung tidak terasa kemanisan ukhuwwah, langsung tidak terasa keinginan ingin berubah,langsung tidak terasa keinginan untuk bergerak lebih jauh di masa hadapan memegang bulatan gembira sendiri. Senang kata, tarbiyyah yang diterima tidak membasahkan jiwa.

Tapi Allah maha kuasa, berkat izin dariNya, saya diperkenalkan dengan tarbiyyah lagi sekali, dengan wasilah berbeza tapi yang benar-benar menyentuh hati,membasahkan jiwa. Baru terasa indah ukhuwwah atas jalan yang sama, baru berjumpa teman menangis bersama mengenangkan perjalanan diri yang masih jauh :') Allah temukan diri ini dengan tarbiyyah yang lebih indah di situ.

Semakin lama dalam tarbiyyah, mestilah saya ingin lihat diri saya yang jauh lebih baik daripada dahulu. Mungkin dari segi luaran dan amalan, sudah banyak yang berubah, alhamdulillah.. Tapi dari segi dalaman dan jahiliyyah-jahiliyyah tegar, kenapa susah sangat ingin ditinggalkan?

Ada satu masa,saya keliru. Untuk apa dan untuk siapa saya berubah? Betul-betul kerana Allah ke? Atau pun kerana keadaan diri, mengenangkan diri dalam tarbiyyah dan semua orang ingin berubah, semua orang sudah jauh melangkah jadi saya yang masih jauh di belakang, terkial-kial ingin berlari mengejar mereka di hadapan.

Adakalanya terasa bagaikan Allah ingin menguji dengan keazaman diri. Jahiliyyah yang ingin ditinggalkan makin kerap muncul, makin kerap menggoda diri supaya kembali hanyut. Sampai satu tahap, terasa ingin menangis air mata darah, mengenangkan dosa-dosa yang tidak tahu sudah berapa banyak dikumpul.

Terasa malu dengan Allah, malu dengan orang sekeliling, malu dengan rakan-rakan bulatan gembira, malu dengan naqibah. Terasa diri hanya baik di luaran. Malu dengan Allah, kerana diri ini masih terus-terusan diberi nikmat olehnya, sedangkan dalam masa yang sama, masih tak jauh perubahan diri. Terasa mujahadah tak pernah cukup, terasa diri tak berusaha.

Mungkinkah susah perubahan ini kerana niat yang tak betul? Kerana tarbiyyah dan bukannya kerana Allah? Sempat saya ajukan soalan kepada housemate yang turut berada di jalan tarbiyyah. Housemate yang sangat saya hormati dalam diam kerana dirinya yang mengajak saya terus berada di jalan tarbiyyah.Menurut dia, normal lah jika pada awalnya saya mungkin terasa ingin berubah kerana sudah mendapat tarbiyyah. Tapi lama-kelamaan, saya sendiri akan sandarkan mujahadah itu pada Allah. Sering dia ulangi, yang Allah pandang adalah usaha mujahadah kita dan bukanlah hasilnya semata-mata (mengalir air mata)

Puas saya bermuhasabah diri. Dan tak putus-putus saya panjatkan doa, agar sentiasa betul niat saya ingin berubah keranaNya, agar sentiasa dipermudahkan jalan, agar dikuatkan hati untuk terus thabat. Risau dosa yang banyak menghalang diri dari terus thabat :( Doa saya juga turut mengiringi rakan-rakan seperjuangan di atas jalan yang sumpah osem dan susah ini. Moga Allah terus mempertautkan hati-hati kita, semoga diberi kekuatan untuk diri kita masing-masing untuk terus thabat, terus kuat menghadapi badai ujian dunia.

Yang baik daripada Allah, yang lemah adalah kelemahan diri saya sendiri. Bersyukurlah kerana kita dipilih berada di jalan ini. Dan yakin semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. :)

2 comments:

  1. mashaAllah alaiki.

    teruskan bermujahadah. dan bersabarlah untuk merasai kemanisan di akhir perjalanan ini:)

    ReplyDelete
  2. jzkk awak for this post (:

    inspiring and touched me in some ways..jom ke arah sterilizing ourselves for Allah together (':

    moga kuat, insyaAllah <3

    ReplyDelete