Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012
Aku Berubah Kerana Allah atau Kerana Tarbiyyah??
Dah beberapa hari berfikir. Semakin dalam berfikir, bila diri sibuk muhasabah, kenapa masih tak nampak perubahan membina dalam diri? Mujahadah, semakin lama semakin terasa sukar. Perangai-perangai dan perbuatan buruk yang cuba ditinggalkan, lagi-lagi sejak terjun ke dunia tarbiyah, pun terasa makin sukar. Semakin sedih bila semakin banyak pula jahiliyyah yang datang :'(
Bila muhasabah kembali,saya mula terfikir, mungkinkah semua ni terjadi kerana saya berubah bukan dengan niat yang betul? Berubah atas nama, saya sudah join gerabak tarbiyyah, saya telah didedahkan dengan jahiliyyah. Saya sudah menjadi orang baru. Daripada tidak tahu kepada tahu, Kalau dah tahu, mana mungkin saya masih tegar melakukan jahiliyyah dengan segan silu di hadapan Allah? Ish2 (geleng kepala)
Di zaman muda mudi, riang ria gembira bagai kanak-kanak ribena, memang tidak terlalu terasa bersalah dengan jahiliyyah diri. Ada sesetengah jahiliyyah tu,saya tidak tahu pun adalah jahiliyyah. Saya senitasa ingat ia adalah sesuatu yang biasa, sesuatu yang semua orang lakukan, astaghfirullah....
Apatah lagi, diri sendiri ada banyak sejarah dengan tarbiyyah. Awal-awalnya, tarbiyyah yang saya dapat langsung tak mampu menyedarkan saya dari lena yang panjang. Langsung tidak terasa kemanisan ukhuwwah, langsung tidak terasa keinginan ingin berubah,langsung tidak terasa keinginan untuk bergerak lebih jauh di masa hadapan memegang bulatan gembira sendiri. Senang kata, tarbiyyah yang diterima tidak membasahkan jiwa.
Tapi Allah maha kuasa, berkat izin dariNya, saya diperkenalkan dengan tarbiyyah lagi sekali, dengan wasilah berbeza tapi yang benar-benar menyentuh hati,membasahkan jiwa. Baru terasa indah ukhuwwah atas jalan yang sama, baru berjumpa teman menangis bersama mengenangkan perjalanan diri yang masih jauh :') Allah temukan diri ini dengan tarbiyyah yang lebih indah di situ.
Semakin lama dalam tarbiyyah, mestilah saya ingin lihat diri saya yang jauh lebih baik daripada dahulu. Mungkin dari segi luaran dan amalan, sudah banyak yang berubah, alhamdulillah.. Tapi dari segi dalaman dan jahiliyyah-jahiliyyah tegar, kenapa susah sangat ingin ditinggalkan?
Ada satu masa,saya keliru. Untuk apa dan untuk siapa saya berubah? Betul-betul kerana Allah ke? Atau pun kerana keadaan diri, mengenangkan diri dalam tarbiyyah dan semua orang ingin berubah, semua orang sudah jauh melangkah jadi saya yang masih jauh di belakang, terkial-kial ingin berlari mengejar mereka di hadapan.
Adakalanya terasa bagaikan Allah ingin menguji dengan keazaman diri. Jahiliyyah yang ingin ditinggalkan makin kerap muncul, makin kerap menggoda diri supaya kembali hanyut. Sampai satu tahap, terasa ingin menangis air mata darah, mengenangkan dosa-dosa yang tidak tahu sudah berapa banyak dikumpul.
Terasa malu dengan Allah, malu dengan orang sekeliling, malu dengan rakan-rakan bulatan gembira, malu dengan naqibah. Terasa diri hanya baik di luaran. Malu dengan Allah, kerana diri ini masih terus-terusan diberi nikmat olehnya, sedangkan dalam masa yang sama, masih tak jauh perubahan diri. Terasa mujahadah tak pernah cukup, terasa diri tak berusaha.
Mungkinkah susah perubahan ini kerana niat yang tak betul? Kerana tarbiyyah dan bukannya kerana Allah? Sempat saya ajukan soalan kepada housemate yang turut berada di jalan tarbiyyah. Housemate yang sangat saya hormati dalam diam kerana dirinya yang mengajak saya terus berada di jalan tarbiyyah.Menurut dia, normal lah jika pada awalnya saya mungkin terasa ingin berubah kerana sudah mendapat tarbiyyah. Tapi lama-kelamaan, saya sendiri akan sandarkan mujahadah itu pada Allah. Sering dia ulangi, yang Allah pandang adalah usaha mujahadah kita dan bukanlah hasilnya semata-mata (mengalir air mata)
Puas saya bermuhasabah diri. Dan tak putus-putus saya panjatkan doa, agar sentiasa betul niat saya ingin berubah keranaNya, agar sentiasa dipermudahkan jalan, agar dikuatkan hati untuk terus thabat. Risau dosa yang banyak menghalang diri dari terus thabat :( Doa saya juga turut mengiringi rakan-rakan seperjuangan di atas jalan yang sumpah osem dan susah ini. Moga Allah terus mempertautkan hati-hati kita, semoga diberi kekuatan untuk diri kita masing-masing untuk terus thabat, terus kuat menghadapi badai ujian dunia.
Yang baik daripada Allah, yang lemah adalah kelemahan diri saya sendiri. Bersyukurlah kerana kita dipilih berada di jalan ini. Dan yakin semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. :)
Saturday, March 3, 2012
Konsep Redha
Pernah tak korang dilanda ujian dan musibah?
Ditimpa masalah yang x sudah-sudah?Mesti pernah kan.Itu sudah pasti.
Kalau tak diuji,takkan sempurana la iman kita sebenarnya.
Lain orang lain ujiannya.Ingat lagi aku pernah bertanya umi,menyuarakan ketidakpuasan hati aku,tengok Si A,sudahlah keluarganya kaya-raya,dia pandai,cantik,disukai ramai lagi.Kenapa ada orang seperti itu dan ada orang seperti aku?
Bukanlah nak merendahkan diri sendiri tapi tidak banyak pun yang aku miliki.Apa yang orang lihat dari luaran,itulah diri aku yang sememangnya tak perfect ni.
Tapi umi selalu cakap,jangan bandingkan diri kita dengan orang lain sampai ke tahap yang kita tidak bersyukur dengan apa yang ALLAH beri.Amalkan konsep redha.Bersyukur dengan apa yang kita ada tapi dalam masa yang sama sentiasa berusaa menjadi insan yang lebih baik.
Bila ditimpa ujian dan musibah,cuba lah muhasabah kembali kehidupan kita seharian.Mungkin banyak yang silap disitu.Sebab itu ALLAH berikan ujian supaya kita sedar dan lebih bersyukur,lebih berusaha memperbaiki diri.
Adakalanya kita diberi nikmat dan kita sering terleka bila diberi nikmat sampaikan terlalai dari mengingati ALLAH.Dan kemudian ALLAH tarik kembali nikmat tu,baru lah kita tersedar bagaikan ditampar angin Laut China Selatan akan kealpaan diri sendiri.
Redha..Redha bila diberi ujian,redha bila nikmat ditarik.Redha dengan ketentuan dan pelaksanaan ALLAH.Nampak mudah,tapi yakin ke kita boleh laksanakan??

Tuesday, February 21, 2012
Malu..
Sometimes,malu kot dengan diri sendiri,orang lain dan yang paling penting,ALLAH.
Tengok kiri,tengok kanan,kawan semua baik-baik.
Malu tengok kawan2 yang dulu bukan sekolah agama,sekarang dah banyak sangat berubah.
Sampai kagum dengan perubahan dorang,lepas hati disentuh tarbiyyah :')
Itu lah indahnya tarbiyyah.
Tapi aku perasan,sejak nak mentarbiyyahkan hati dan diri ni,macam makin terjebak ke benda yg x sepatutnya.Jahiliyyah yang semakin kurang,tiba2 bertambah,makin susah ditinggalkan :'( *nangis lebat*
Takut sangat,takut ALLAH dah tutup hati.Takut hati dah buta.Dah x malu dengan dosa.Sedih sangat.. Yang pegang hati ALLAH,jadi hanya dapat mengadu agar ALLAH beri kekuatan,kekuatan utk berubah lebih baik.
Malu sangat dengan ALLAH,rasa nak sujud je dekat ALLAH xnak bangun2 dah.ALLAH dah bagi macam2.Dah banyak sangat.Tapi balasan aku kepada ALLAH x setimpal :(
-sedang mencari kekuatan diri-

Saturday, December 24, 2011
Kembara Diri
Assalamualaikum...
Alhamdulillah,akhir-akhir ni sgt banyak nikmat yang ALLAH dah bagi.Tapi tu la,sbg manusia,susah sangat kita nak bersyukur.Sedangkan nikmat yg ALLAH bagi tu skejap je dah boleh ditarik balik,astaghfirullah... Sedar diri sendiri lemah,x habis2 memikir nasib diri sedangkan ada shaja insan yg lebih teruk nasibnya... Astaghfirullah...
Alhamdulillah,wpun sem ni byk ujiannya,tapi disebalik ujian mmg ada nikmat yg ALLAH bagi.Akhir2 ni byk sgt ujian hati yg ALLAH bagi.Dan bila fikir balik,bukannya ALLAH bagi sbb nak mmpercepatkan ssuatu yg belum sampai masanya tapi nak uji diri aku ni bersedia ke tak dgn perkara mcm ni.Dan aku boleh kata yg aku tak bersedia lagi.
Bak kata seorang sahabat,
"tak perlu dikejar benda ni selagi diri tak bersedia.selagi pembinaan diri masih ditahap yg x mmberansangkan.selagi fardul muslim tak dipenuhi.nak melangkah ke tahap seterusnya mestilah dgn hadaf dan tujuan yg betul.kalau fardhul muslim x kuat,mstilah tahap lg satu pn mudah goyah kan?"
Betul kata sahabat tu.Memang banyak lagi perlu ditempuhi.Diri sendiri memang masih x kuat,Masih baru dalam dunia yang baru ni,masih tercari-cari arah dan semangat.Ingin berubah tapi ternyata ingin berubah x mudah,tapi tak lah susah jugak kan.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan,insyaALLAH :)
Akhir2 ni,byk sangat fenomena 'sweet' melanda Irbid.Ujian utk warga Irbid barangkali.Ujian supaya mengutamakan yang lebih utama dan bukannya leka dengan yg x sepatutnya.Terbaca di blog rakan seperjuangan,memang terkesima.Melihat penulisannya menyentuh isu sweet yg x spatutnya dihadkan pada ssuatu.Sedangkan dalam Al-quran lagi byk kisah sweet yg lebih hebat yg sepatutnya diambil iktibar...
Serius kata,jalan yang aku pilih ni memang susah dan panjang.Tapi dalam hati x henti2 berdoa dan berharap agar terus kekal di jalan yang benar.Agar sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH..
Sori post ni x nampak tujuannya di mana.Tapi biarlah hanya pemilik blog yg tahu :D *senyum panjang*

Subscribe to:
Posts (Atom)