Kadang-kadang, mulut orang memang tak reti untuk berhenti bercakap. Terutamanya pada benda yang tiada kaitan dengan dorang. Yang tak sukanya, bila di hadapan orang yang dikata tu, diam seribu bahasa, bila orang dah tiada, sibuk pulak mengata tindakannya. Hmmm...
Biasa dah jadi.. Jadi anggap tiada apa-apalah. Tu kot beza aku dengan orang. Aku tak puas hati, aku cakap terus. Walaupun mungkin orang tu yang terasa. Tapi berbanding orang yang kata belakang-belakang ni, memang tak patut la.
Kalau rasa orang tu buat salah (aku lah tu) cakap je depan-depan. Tegur dengan cara baiklah. Bukannya dengan cara yang kasar. Contoh cara kasar:
"Hanum,aku tak puas hati lah dengan kau. Dulu kau cakap A, lepas tu B. Kau ni memang lah. Bilalah nak berubah. Perangai dari dulu sampai sekarang sama je"
Kalau cakap macam tu, memang sampai bila-bila aku takkan cakap dengan orang tu dah. Sebenarnya semua orang (even aku) ok je untuk ditegur. Tapi dengan cara yang baik la, berakhlak, beradab. Nabi Muhammad pun pernah menegur tapi dengan cara yang betul la. Aku pernah ditegur oleh seorang classmates time sekolah menengah pasal kata-kata aku yang tajam dan dia terasa. Alhamdulillah, nasib baik la kawan ni tegur kalau tak sampai bila-bila aku tak perasan.
Dan yang pentingnya, jangan lah mengata sesuatu yang kita tak puas hati dengan orang tu belakang-belakang, cerita dekat orang lain lepas tu tuan punya badan terdengar dari orang lain. Lagi sakit hati tahu??!
Ehem, sebagai insan yang lemah lagi banyak kelemahan ni, aku nak mintak maaf dekat semua orang yang mengenali aku kalau-kalau aku pernah buat salah, tanpa sedar ataupun time sedar. Kalau ada salah aku pada korang, bagi tahu lah. Memang kalau aku tak sedar, aku mintak maaf. Aku bukanlah jenis yang ego untuk meminta maaf dan memaafkan,insyaAllah..
"Orang yang mengumpat walaupun dah bertaubat, akan menjadi orang terakhir yang masuk syurga. Dan orang yang tak bertaubat akan menjadi orang terawal masuk neraka"
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ
مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
"O believers! Avoid immoderate suspicion, for in some cases suspicion is a sin. Do not spy on one another, nor backbite one another (to say something about another behind ones back that if one hears it, dislikes it). Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Surely you would abhor it. Fear Allah; for Allah is the Accepter of repentance, Merciful." 49:12


No comments:
Post a Comment