Dalam diam tak diam,dah beberapa hari berlalu sejak aku pulang ke Jordan.
Sempat memuhasabah diri yang serba kekurangan samada dari sudut agama,pengetahuan,kredibiliti dan sebagainya.Bila pandang sekeliling,malunya!Rasa rendah diri sangat menebal bila melihat orang2 sekeliling yang hebat.Ternyata diri aku masih banyak yang kurang.Mungkin sebab tu x mampu untuk menjulang kejayaan macam yang lain.
Mungkin diri ini kurang mendekatkan dan menghampirkan diri pada ALLAH.Mungkin juga diri ini masih kurang ilmu pengetahuan,kurang belajar.Mungkin juga diri ini kurang mesranya hinggakan ramai x mengenali dan merasa diri ini serba sombong.Mungkin diri ini dilihat tidak cukup kuat,untuk memegang amanah dan tanggungjawab,dan disebabkan itu tidak diberi peluang.
Tapi adakalanya diri ini mahu juga diberi kepercayaan,diberi perhatian kerana adakalanya terasa segala usaha dan penat lelah bagai sia-sia kerana x pernah dihargai.Tapi x mengapa,ALLAH lebih mengetahui dan lebih menghargai penat lelah yang dicurahkan.
sungguh diri ini bukanlah bijaksana
kerana kalau aku bijaksana,sudah lama aku menggenggam anugerah
sungguh diri ini tidak berkeyakinan
kerana kalau tidak sudah pasti diri ini memegang banyak amanah
sungguh diri ini tidak dikenali
kerana kalau tidak pasti ramai kenalan yg datang mendekati
sungguh diri ini kurang,terlalu banyak kekurangan
kerana kalau diri ini sempurna,diri ini tidak akan belajar
diri ini tidak akan mengetahui erti sabar
x ingin berusaha lebih
ALLAH memberi ujian kepada hambaNya
mengikut apa yg mampu dipikul oleh hambaNya

No comments:
Post a Comment