Assalamualaikum..
Minta maaf kerana sekarang baru sempat menyambung entri berkenaan Jordan ni.Beberapa hari ni sangat sibuk dengan persiapan untuk pulang semula ke Jordan.Cuti 3 bulan setengah dah hampir ke penghujung.Alhamdulillah,bersyukur kerana diberi peluang menghabiskan masa bersama keluarga,meningkatkan skill memasak dan macam2 lagi :)
Sekarang,dah ramai junior-junior bagi Qism Iqtisod yang sampai ke Jordan dan juga junior2 di JUST.Ahlen2 untuk semua juniors!Kita akan berjumpa nanti insyaALLAH :D
Sebelum ke Jordan,aku kena menjalani kursus persediaan di INTEC dulu selama 4 bulan setengah.Banyak pengalaman best2 di INTEC sebab aku berpeluang berkenalan dengan ramai kawan dari sekolah-sekolah lain dan juga kawan-kawan yang akan melanjutkan pelajaran ke tempat lain seperti Mesir,Korea,Russia,France dan banyak negara lagi la.
Dekat INTEC dulu,bagi pelajar Yarmouk,kitorang kena belajar BI,Fiqh Muamalat,Economics,Bahasa Arab Ammi Jordan,Computer Literacy dan Usul Fiqh.Subjek Fiqh Muamalat dengan Fiqh Usul kitorang belajar dlm Bahasa Arab.Awal2 tu terkebil2 jugak bila kena belajar dalam Arab.Memang x faham la mula2 tu.Masa tu macam kena kejutan budaya jugak bila diberitahu yang dekat sana kena belajar 90 percents dalam Arab!Macam kat INTEC ni,lecturers ajar dlm Arab dan translate kan ke Bahasa Melayu.
Time dekat INTEC memang x boleh bayangkan macam mana nak belajar dekat Jordan,dalam Bahasa Arab pulak tu.Dekat INTEC tu bila Ustaz Afendi suruh translate satu muka surat ke dalam Bahasa Melayu untuk subjek Usul Fiqh pun dah terkebil2,setengah jam baru siap.Aku dah cuak.Dekat Jordan lagi lah susah kan.Belajar satu buku dalam Arab.Macam tu mesti setahun pun x habis nak translate kan.
Memang best belajar dekat INTEC.Belajar dekat INTEC memang banyak bagi pengalaman untuk kitorang mempersiapkan diri untuk ke Jordan.Dapat belajar Bahasa Arab Ammi Jordan.Ada exam macam dekat U betul.Ada pertandingan drama Arab,juga dalam Bahasa Arab Ammi Jordan.Best sangat!
Dalam bulan 8,ada pre-departure punya taklimat.Awal2 tu kitorang diberitahu akan fly pada lebih kurang 23/9/2010 tapi last minute tukar sebab Jamiah2 di Jordan mula kelas awal.Jadi kitorang kena fly pada 18/9.Ni untuk student JPA la.Kawan2 aku yg MARA fly lebih awal.Time tu,memang macam2 perasaan ada.Sedih,gembira,teruja and macam2 lagi lah.Sedih nak kena tinggalkan family.Tapi x sabar jugak nak pergi Jordan.
Ok lah,part ni sampai sini je.Lepas ni aku akan sambung part 3,bermula dari hari fly dan hari2 awal di Jordan.Entri akan ditulis bila aku dah pulang ke Jordan dan letak internet connection dekat rumah baru.
Wassalam...

No comments:
Post a Comment