peminat :)

jom klik

Showing posts with label intec. Show all posts
Showing posts with label intec. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

INTEC,UiTM Malaysia-Yarmouk University Jordan,Satu Perjalanan Part 2

Assalamualaikum..
Minta maaf kerana sekarang baru sempat menyambung entri berkenaan Jordan ni.Beberapa hari ni sangat sibuk dengan persiapan untuk pulang semula ke Jordan.Cuti 3 bulan setengah dah hampir ke penghujung.Alhamdulillah,bersyukur kerana diberi peluang menghabiskan masa bersama keluarga,meningkatkan skill memasak dan macam2 lagi :)

Sekarang,dah ramai junior-junior bagi Qism Iqtisod yang sampai ke Jordan dan juga junior2 di JUST.Ahlen2 untuk semua juniors!Kita akan berjumpa nanti insyaALLAH :D

Sebelum ke Jordan,aku kena menjalani kursus persediaan di INTEC dulu selama 4 bulan setengah.Banyak pengalaman best2 di INTEC sebab aku berpeluang berkenalan dengan ramai kawan dari sekolah-sekolah lain dan juga kawan-kawan yang akan melanjutkan pelajaran ke tempat lain seperti Mesir,Korea,Russia,France dan banyak negara lagi la.

Dekat INTEC dulu,bagi pelajar Yarmouk,kitorang kena belajar BI,Fiqh Muamalat,Economics,Bahasa Arab Ammi Jordan,Computer Literacy dan Usul Fiqh.Subjek Fiqh Muamalat dengan Fiqh Usul kitorang belajar dlm Bahasa Arab.Awal2 tu terkebil2 jugak bila kena belajar dalam Arab.Memang x faham la mula2 tu.Masa tu macam kena kejutan budaya jugak bila diberitahu yang dekat sana kena belajar 90 percents dalam Arab!Macam kat INTEC ni,lecturers ajar dlm Arab dan translate kan ke Bahasa Melayu.

Time dekat INTEC memang x boleh bayangkan macam mana nak belajar dekat Jordan,dalam Bahasa Arab pulak tu.Dekat INTEC tu bila Ustaz Afendi suruh translate satu muka surat ke dalam Bahasa Melayu untuk subjek Usul Fiqh pun dah terkebil2,setengah jam baru siap.Aku dah cuak.Dekat Jordan lagi lah susah kan.Belajar satu buku dalam Arab.Macam tu mesti setahun pun x habis nak translate kan.

Memang best belajar dekat INTEC.Belajar dekat INTEC memang banyak bagi pengalaman untuk kitorang mempersiapkan diri untuk ke Jordan.Dapat belajar Bahasa Arab Ammi Jordan.Ada exam macam dekat U betul.Ada pertandingan drama Arab,juga dalam Bahasa Arab Ammi Jordan.Best sangat!

Dalam bulan 8,ada pre-departure punya taklimat.Awal2 tu kitorang diberitahu akan fly pada lebih kurang 23/9/2010 tapi last minute tukar sebab Jamiah2 di Jordan mula kelas awal.Jadi kitorang kena fly pada 18/9.Ni untuk student JPA la.Kawan2 aku yg MARA fly lebih awal.Time tu,memang macam2 perasaan ada.Sedih,gembira,teruja and macam2 lagi lah.Sedih nak kena tinggalkan family.Tapi x sabar jugak nak pergi Jordan.

Ok lah,part ni sampai sini je.Lepas ni aku akan sambung part 3,bermula dari hari fly dan hari2 awal di Jordan.Entri akan ditulis bila aku dah pulang ke Jordan dan letak internet connection dekat rumah baru.
Wassalam...

Tuesday, July 26, 2011

INTEC,UiTM Malaysia-Yarmouk University Jordan,Satu Perjalanan Part 1

Assalamualaikum everyone!Keifik?Keifkum?Bikheir insyaALLAH biiznillah,alhamdulillah...

Alhamdulillah,hari ni diberi peluang utk terus menaip,walaupun bukanlah menyampaikan apa-apa maklumat tp Rasullulah sendiri pernah berkata "Sampaikanlah walau sepotong ayat" so hari ni I just wanna share something with u guys.A little bit about my experiences,from INTEC for preparation program until to Yarmouk University,Jordan for my degree.





Biar aku berterus terang.Walaupun aku prgi luar negara,dapat scholarship from JPA tapi result SPM aku x straight A's pun.Rezeki daripada ALLAH dpt jugak JPA tu.And aku daripada sekolah kampung,sekolah luar bandar,sekolah dekat daerah yg result antara tercorot dekat Malaysia(not kidding ok) so awal2 tu masa dpt dekat INTEC and then kena buat krsus dkt situ 4 bulan,awal2 masuk,mmg dah rasa SUPER GILA RENDAH DIRI!Aku sorang budak sekolah aku yang smbung ke situ under JPA.Masa awal2 tu,time mula2 masuk rumah,ada 3 housemates.Semua straight A's,ada 2 org student Medic,roomate aku dentist.Semua sekolah whether SBPI,SMKA or anything sewaktu dengannya.Aku yg budak kampung,sekolah kampung ni rasa malu jugak la,sebut nama sekolah pun xde yg kenal or tahu.

Then bila masuk kelas,disebabkan aku ambik Islamic Banking,so ada satu kelas je utk prep prog tu.Lagi la terkejut bercampur rendah diri.Mostly budak straight A's weyh.Dengan result yg memang MasyaALLAH la.Ramai yg budak KISAS pulak tu.Mantap gile!Aku dah cuak,rasa nak lari balik je.Awal2 memang sangat sedih,kwan pun xde lg,yg lain dah la sume budak2 hebat.

Aku actually x sangka pun dapat Jordan ni.Aku mohon banyak gila scholarship.Yang lain sume aku letak account,satu je aku letak Islamic Banking,scholarship JPA.Tapi rezeki tu ALLAH tentukan.Maybe inilah yg trbaik kan.Aku x mint sgt pun nk prgi negara Middle East ni sbb bahasa arab aku lemah.Aku x berapa yakin nak ambik jurusan ada aliran agama.Yerlah,aku ni x perfect,byk lg yg kurang.Memang susah nak memantapkan diri supaya dapat membawa dan memegang tugas pljr agama dgn baik.Amanah dari ALLAH tu.

So dari situ bermulalah perjalanan aku.Perjalanan mengenali hidup,memperbaiki diri,menambah ilmu,belajar berdikari dan macam2 lagi.Pasal pengalaman lanjut kt INTEC aand Jordan,aku akan smbung lg yer.Wassalam..

Wednesday, June 22, 2011

Hati Yang Tenang

Salam...
Alhamdulillah,dah hampir 3 minggu ada kat MALAYSIA.3 minggu yang semuanya dihabiskan dengan keluarga dan 20 peratus dengan kawan-kawan.Sepanjang 3 minggu la jugak cuba menajamkan skill memasak.Sekarang kat rumah umi senang dah,balik kerja,mintak je aku jadi tukang masak.Walaupun ada time macam ter'merungut' sikit tapi bila pikir2 balik,xpe la,bukan selalu ada kat rumah kan.Tahu yang umi just nak lepas rindu,nak spend quality time dengan anak perempuan dia :)

3 minggu kat MALAYSIA.Bukan xde masalah.Ade jugak.Tapi masalah yang ada tu,tak sama macam kat Jordan.Tapi jujur cakap,hati rasa lebih tenang kat MALAYSIA.



Punca2 hati tak tenang kat Jordan:

  1. Homesick *ngada2 je*
  2. Tension asyik exam.
  3. Tension bila belajar tak paham,
  4. Tension dengan masalah kawan2.Contoh:ada kawan bergaduh,bergaduh dgn kawan,sakit hati dengan kawan dan etc
  5. Bengang dengan perangai orang arab.
  6. Dan macam2 lg
Haha,tu lah contohnya.Tapi serius cakap,paling lega bila balik Malaysia sebab dapat spend masa dengan family,hati tenang x payah nak sakit hati dengan kawan2 dan x yah exam.Spend times dengan family memang terbaik la.Xde yang boleh lawan.Hati tenang,marah yang bersisa dengan sesetengah kawan dulu pun dah hilang,alhamdulillah...

Tu je lah yang larat tulis sekarang.Esok nak jumpa junior2 MEP dekat INTEC.Rindunya kat INTEC!Dalam masa sama,nak jumpa kawan lama time kat MRSM dulu,Armira.Miss u la dear~ ^__^

Wassalam...