peminat :)

jom klik

Monday, October 24, 2011

Perasaan Aku

Bila tengok orang2 yang cantik,
tengok cermin,
tengok muka aku balik 
=_="

Tengok sekeliling,kawan2 yang cantik2
tengok cermin,
tengok muka aku balik
double =_=''

Tengok facebook kawan2 lama
ramai kawan2 dah nak kahwin
tengok cermin
cermin diri sendiri balik
triple =_="





ps:sedar diri kenapa tak laku.x payah cakap.muka aku macam apa je kan.muka kau macam ratu canti,sobs2.keyakinan diri lebur seratus peratus balik

Saturday, October 22, 2011

PERUBAHAN



Perubahan itu perlu
Tanpa perubahan,anda akan kekal jahil
Tanpa perubahan,anda akan terus rasa apa yang anda buat selama ini benar
Benarkah apa yang anda buat?
Apa yang anda buat,adakah ada perintahnya dalam Al-Quran?
Anda rasa anda muda,tapi anda tahukah waktu sisa anda di bumi?
Sekiranya Tuhanmu memanggil dirimu kembali ke sisi Nya,adakah anda sudah bersedia?
Apakah yang dapat anda jawab kepada tuhanmu?

Sudahkah anda menjaga solatmu
Menjaga auratmu
Menjaga batas pergaulanmu
Berbakti pada ibu bapa
Melaksanakan amanah yang dipegang sebaiknya
Memberi pada yang memerlukan
Membantu saudaramu yang sentiasa tertindas di negara2 Islam yang lain
Anda mungkin tak pernah melakukan itu semua
Jadi apakah nilai dan hargamu sebagai seorang MUSLIM??




Friday, October 21, 2011

Jangan Buat Aku Marah

Assalamualaikum...
Minggu ni entah kenapa macam minggu menguji kesabaran,asyik ada aje benda yang nak buat aku marah.Seriously,aku tak suka bila aku marah.Honestly,aku jenis yang cepat marah,hot-tempered cuma aku jarang menonjolkan perangai buruk ni depan kawan2.Kalau depan family members tu,selalu la.Adik dan parents aku dah alah bisa tegal biasa dengan perangai aku tu.




Bagi kawan2,mmg dorang jarang nmpak aku marah.Tapi jujur cakap,aku sekali dah marah dan meletup tu,ha,memang baik kau wish yang kau x pernah buat aku marah.Memang boleh meletup satu rumah tu.

Jadi tolong lah,kawan2 dan orang sekeliling,jangan buat aku marah.Aku tak suka marah,tu perbuatan syaiton nirrajim.Aku xnk buat perangai x terpuji macam tu.Alhamdulillah,hari tu ada la satu masalah dekat rumah ni dan aku hampir nak meletup jugak,dah marah tahap gaban tapi nasib baik aku mampu berdiplomasi di saat akhir dan masalah pun dah settle secara baik,fuhhh =_="

Bagi aku,cara nak atasi marah,first,duduk diam sorang2.Jangan layan orang lain.Then zikir,doa2 sikit,pergi berwuduk lepas tu pergi solat.Kalau x reda gak rasa yang membara tu,pergi duduk sorang2 balik.Pikir dulu,tarik nafas panjang2.Dan macam aku,aku akan semuka dengan orang yg buat aku marah dan cakap baik2 dengan org tu.So masalah settle,marah pun hilang kan?? :D

Malas nak tutup entri.Wassalam.Babai

*tajuk xde conclusion*

Thursday, October 20, 2011

Kerana Mulut Badan Binasa

Assalamualaikum...
Ni adalah post pendek,selepas ada sedikit halaqah mengumpat dengan kawan2 tadi.
Nak cakap sikit la kan,sebagai student yang belajar dekat Jordan.

Sometimes,aku x paham dengan mulut orang ni tau.Eh,MULUT?Kenapa aku sebut pasal mulut dan bukannya perangai?Ni,meh sini aku nak cerita.Ada beberapa jenis perangai manusia.

1. Perangai baik,akhlak sesama jantina dan berlainan jantina,menjaga percakapan.
2. Perangai baik,akhlak sesama jantina baik tapi berlainan jantina,huh,akhlak x tahu nak cakap macam ape.Mulut pun bila dengan akhawat*perempuan* cakap gaya macam nak bertumbuk,boleh ke??


So mai sini,nak habaq kat syabab2,terutama syabab2 Jordan yang mungkin x sedar perangai mereka yang tergolong dalam ciri yang kedua tu.

Kami,akhawat2 ni,jenis sensitip,tau x?Hati kami2 ni mudah tersentuh.Korang syabab ibu korang perempuan kan?Xkan x perasan.So,cakap lah baik2,walaupun kami ada buat salah.Nak tegur kenalah berhikmah kan?Bukan dengan cara macam nak cari gaduh.Betul,kita nak jaga pergaulan,xnak ikhtilat tapi tgk baik2 dulu konsep ikhtilat tu macam mana.Kalau ada kerja yang memang melibatkan syabab dan akhawat,boleh je nak contact asalkan x la berlebihan,sampai nak tanya khabar,tanya dah makan ke belum,motipp kan??

Ada sesetengah syabab ni la,aku perhatikan,kalau sesama syabab,memang baik budi pekerti tapi bila dengan akhawat,dia buat macam musuh,macam la kita ni dah buat sesuatu yang salah pada dia.dan paling banyak jadi isu dekat Jordan ni ialah pasal Murokib!Benda ni x pernah stop jadi isu.Aku tahu,ada sesetengah syabab x suka kena jadi murokib.Aku paham je.Tapi seriously,diorang ingat kami2 akhawat ni nak sangat ke bermurokibkan syabab?Kami terpaksa jugak.Dah orang Arab ni xde didikan sivik,kerja nak kacau akhawat je,nak buat mcm mane?Akhawat Arab dorang x kacau sebab dorang takut family dtg serang.Kami akhawat2 Malaysia ni,family xde dekat so xde pilihan.Syabab2 la jadi pegganti ayah2 dan abang2 kami.Nanti,syabab akan kahwin pun,dengan akhawat kan?Salah sorang dari mereka mungkin bakal isteri anda.Kalau x rela murokib,cakap awal2 straight away!Kami akhawat x terdesak pun.

Untuk syabab2 yang mungkin terbaca,aku minta maaf.Bukan niat nak mengutuk,just nak menegur.Alhamdulillah,ramai je syabab2 yang berdedikasi yang aku jumpa setakat ni.Yang bagus2 pun ramai sahaja.Segelintir sahaja yang dah merosakkan sedikit pandangan aku pada syabab.Akhawat pun buat silap sebab kita manusia.Tapi nak menegur pun ada caranya kan??


Wallahualam...

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday

Memang seriously xde motipp pun.Tapi please,I'm not desperate.There are just more important things to do ok :)

Tuesday, October 18, 2011

Several Things I Got For My Birthday :D

Assalamualaikum
Dah terang2 sebut dekat sini pasal birthday so nak tulis pun pasal birthday la kan
*sory,birthday dah 4 hari berlalu tp masih sibuk nak post pasal tu*

Some of the things I got for my birthday:


cake from Arai
*kwn lame dkat MRSM dulu2*

 ni kotak cake kat atas tu sbnrnya
thanks Arai for the cake :)


 present!hehehe
from Nab,Syera and Aliyah
wpun dorang cant join the celebration
but still,thanks for this :)


yg ni time celebrate dekat Popeye itu hari
dgn Daia,Mar,Kinah,Alia,Jiha
time prank dibongkarkan
cake,frame *pic edited by Kinah,thanks!* and presents
presents from Kinah and Daia
Thanks guys :D

Ada jugak masa tu celebrate dgn akak2 senior yang tiba2 buat suprise tapi xde tngkap gmbar masa tu.Gambar smua org lain yg tngkap.Handphone habis bateri time tu =_=" Tapi still thanks to akk2,adik2 and kawan2 yang same2 join the clebration ^__^

This birthday,aku dapat rasa 3 kek yg sedap2.Thanks everyone!Uhibbuki fillah

ps:ni bukan entri riak takbur byk dapat kek or celebrate.just nak appreciate everone ok :)


Sunday, October 16, 2011

Post Update Untuk Birthday

Assalamualaikum...
Disebabkan beberapa 'peristiwa' yg berlaku demi nak menyambut birthday aku,aku nak minta maaf kepada semua pihak,kwn2 kesygn aku sebab jadi mcm ni.Alhamdulillah dah settle.Terime kasih utk kwn2 semua,wpun x dpt join smbutan tp msih bagi hadiah.Thanks kwn2 :)

Kepada kwn2 semua,Dayah,Mar,Alia,Jiha,Nabilah,Syera,Radiah,Afi,Teng,Aqilah,Sakinah,Aliyah Awang,thanks banyak2!Korang memang comel dan sweet yer :D

Mane2 salah faham tu,harap lupekan.Ni semua ujian utk mnguji kekuatan ukhuwah kita.Moga persahabatan kita berkekalan,insyaALLAH...