peminat :)

jom klik

Saturday, January 21, 2012

Ukhuwwah itu Ukhuwwah KITA

Bila ditanya pasal ukhuwwah,semua orang ada pandangan dan pendapat masing2 kan?Tapi,ukhuwwah tu akan lebih manis dan indah kalau bersandarkan dan berpegang pada tali2 ALLAH,atau nama lain ukhuwwah fillah ^__^

Minggu ni,dari 17-19hb,aku diberi peluang untuk join homestay para akhawat,yang dibuat di Amman.Alhamdulillah aku diberi peluang dan dipermudahkan jalan untuk menyertai homestay ni :) Sangat best dan HAWT sangat!

Ada 3 pengisian yang diberikan sepanjang kami semua kat sana tapi atas beberapa sebab,tak dapat aku nyatakan apa pengisian tu kat sini,maaf yer.Tapi,lepas dengar 3 pengisian,ternyata semangat para akhawat semakin berkobar2.Semua dah tak sabar nak bergerak,berusaha menjadi khalifah di muka bumi.Dan yang paling penting,ukhuwwah yang terjalin antara akhawat terasa lebih erat :)

Best sangat dapat jumpa adik2 junior,akak2 senior dan kawan2 sebatch yang lain.Yang aku nak share kat sini,adalah pasal 1 game yg kitorang main at that time.Dalam game ni,semua orang kena ambil 1 gambar berkaitan dengan tema yang diberi and then give reasons why they choose that picture to fulfill the theme.Group kitorang dapat tema 'Manisnya Ukhuwwah Fillah'.Not too hard and memang sangat best bila dengar pandangan akhawat yang lain ^__^

Antara gambar2 yang ditangkap oleh akhawat dan kenapa dorang pilih gambar tu:

Tukang ambil gambar ckp,dia pilih gambar ni lepas tengok pokok tu
Yang mana,semuanya bercantum.I mean benda yang kecik2 tu.
Bila dia bercantum,jadi mcm satu bunga.Bila berpisah,dah x jadi kan
Macam tu la ukhuwwah,bila kuat dan erat dapat membentuk sesuatu yg kuat dan cantik
Tapi kalau berpecah,jadi sangat lemah :')
Mengikut tukang ambik gambar,dia pilih gambar ni sebabnya,bagi dia,usrah adalah ukhuwwah
Bila kita bersama berkumpul,dengan sebab kerana ALLAH,ukhuwwah tu terjalin dengan sendiri
Wpun kita smua tak berkenalan,tapi atas sebab yang sama,hati kita bertemu kerana ALLAH ^^


Ikut pandangan tukang ambil gambar,ukhuwwah tu bagaikan kenderaan
Sebabnya dalam kenderaan tu ada banyak komponen kan
Dan kenderaan tu tak dapat bergerak jika salah satu komponen takde.
Macam ukhuwwah,kita semua melengkapi satu sama lain.
Macam komponen kereta tu sendiri.Bila dah melengkapi satu sama lain,barulah kita dapat bergerak sama2 :)

 
Mengikut pandangan tukang ambil gambar,dia memilih gambar pokok2 ni sebab dekat sini sebenarnya ada dua jenis pokok yang berlainan.
Tapi walaupun dua jenis pokok yang berlainan,dua2 tetap subur,besar dan kuat.
Pokok ni saling support each other wpun berlainan jenis.
And pokok kan kerja dia tapi carbondioxide and tukar jadi oxygen kan?Macam manusia sendiri,pokok ni ada tujuan kenapa dia diciptakan.And dia melaksanakan function dia dengan betul
Hebat kan pokok ni :)
Lebih kurang ukhuwwah,kita saling melengkapi dan kita semua memainkan peranan masing2 yang tersendiri.And everyone is unique in their own way,right??

 
Dah temanya manisnya ukhuwwah fillah kan,mestilah kena ada gula2 kan??
Ikut pandangan tukang ambil gambar ni,gula2 ni manis kan?Dan dalam satu paket tu ada banyak,jadi dapat share dgn ramai kawan2.
Macam ukhuwwah tu sendiri,memang manis dan kemanisan tu bukan utk kita seorang
Tapi utk dikongsi bersama.
Dan dalam gula2 ni,ada perisa yang masam,ada yang manis.
Macam ukhuwwah,ada time kita akan rasa yg masam tu.
Tapi in the end,wpun ada perselisihan faham,kalau kita sandarkan ukhuwwah tu kerana ALLAH,insyaALLAH ukhuwwah tu akan tetap bertaut kembali :D
Bila satu ukhuwwah tu sangat kuat,
setiap kali sakitkan hati sahabat kita,terasa macam menyakiti hati sendiri ;'(
Pernahke korang rasa mcm tu??

Tu adalah sedikit sebanyak sharing daripada game tu.Pelbagai sungguh pendapat akhawat.Mana satu gambar yang aku tangkap??Tak berani nak mention,takut banyak silap dan salah dalam pendapat sendiri,huhu...

Tu je yang aku nak share this time ^^ Semoga memberi manfaat kepada sahabat semua.Kalau ada silap dan salah,harap maafkan :)

Sem 1 Tahun 2 Ekonomi Islam Yang Osem

Alhamdulillah,dah habis dah pun sem 1 aku sebagai pelajar tahun dua dekat Yarmouk University..Final exam baru je habis 16 Jan 2012 yang lepas.Tak sampai dua hari semua markah dah masuk,muaddal pun dah keluar.Hanya sempat tengok dua hari lepas sebab ada program lain dari 17-19 Jan lepas.

Alhamdulillah,memang sangat bersyukur pada yang Esa sebab memang x sangka akan dapat result macam tu.Dengan ujian hebat masa second exam (yang menyaksikan kejatuhan hebat markah2 exam.jatuh yg dimaksudkan memang sangat hebat yg mana markah hnyalah separuh dari markah penuh), memang banyaklah pertolongan yang ALLAH bagi semasa final exam wpun before final hampir insihab madah Iqtisod Nuqud sebab memang dah sangat tak yakin boleh bawak madah ni.Time nak exam pun study x berapa ada mood sangat tapi alhamdulillah,markah sangat ok.Sampai terjerit2 berguling2 x henti2 bersyukur masa dapat markah :')

Banyak mengharapkan doa dan sokongan parents masa nak final sebab ada fenomena ketidakyakinan yang sangat tinggi melanda masa nak final.Sudahlah study macam ala kadar.Mungkin berkat doa umi dengan abah banyak membantu :')

Sem depan pasti akan lebih mencabar.Sebagai student,aku kena ambil ibrah segala kekurangan daripada sem lepas.Aku akan mencuba lebih baik di sem depan,insyaALLAH

Wassalam...

ps: muaddal masih mumtaz,alhamdulillah :) moga berkekalan,amin ya Rabb..

Friday, December 30, 2011

When You Have Problems

Fakta Salah :
"Tak kira bertapa besar masalah yang kamu Hadapi, cakap ke dalam hati kamu ALL IS WELL" -Ranchhoddas Shamaldas Chanchad-

Fakta Benar :
"...Apabila mereka ditimpa musibah mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Down My Memory Lane...









Seriously,I miss you guys so much,my crazy weird happy supporting family :')
Miss u guys,my cuzzy so much!I'm missing all the times we spent hanging out together or gosipping who's getting marry next in the family or just fooling around especially during raya times,being camwhore each time :D Most of us grow old together,having many wonderful memories with each others...

When I'm far away rite now,I DO MISS YOU GUYS SO MUCH!

Wednesday, December 28, 2011

Fenomena Budak Sekolah Menengah Zaman2 Sebaya Aku Yang Pelik

Tiba2 hari ni boleh terlayan teringat kenangan time muda2 dulu,walaupun sekarang x lah tua sangat tapi lagi 3 hari dah nak masuk tahun 2012,umur pun dah nak naik 20,haruslah sedar diri dah nak tua kan =_="

Teringat kenangan time sekolah menengah dulu.Sumpah terasa jahiliyyah sungguh time muda2 dulu.Memang banyak benda2 pelik pernah buat time sekolah dulu,bila ingat memang nak ketawa ada,sedih pun ada sebab x sangka diri sendiri sejahiliyyah tu :(







 hoi,sopan sungguh korang naik bas


 erk,ni sekolah rendah je nampak.Ke tadika??



Antara kenangan2 jahiliyyah dan pelik lagi kelakar time muda dulu:

1) Dulu aku memang SUMPAH tak tahu yg couple2 ni sebenarnya tak boleh dalam ISLAM.Sebab aku tengok semua orang sekeliling aku buat,kawan2 buat,dalam novel sebut pasal bercinta,dalam komik,dalam tv.Bila dah naik form 4,baru lah tahu (serius loser,dah tingkatan 4 baru tahu).Alhamdulillah,ALLAH selamatkan aku,dari dulu hingga kini tak pernah terjebak dengan couple2 ni.Tapi serius,time Form 2 dulu smpai pernah jeles dekat kwn2 yg ada pakwe.Hoi,jahiliyyah sungguh!Ni sekolah agama,kalau x sekolah agama,memang entah apa la nak jadi =_="

2) Kat sekolah je pakai tudung labuh,sopan2 semua.Kat luar tiada semua tu!Tudung sudah lah tudung bawal,yg dah memang sedia kecik,dipakai simpang2,jadi makin kecik =_=" Time tu bangga kat sekolah baik,kat luar macam nakal2 sikit.Adoi,pelisss....Geli sungguh bila ingat.Boleh pulak bangga dengan benda mcm tu.

3) Time form 2,pernah cari pasal dengan sorang ketua otai kat sekolah la.Time tu,mula2 cuak la,tapi lama2 bangga.Sudahlah ketua otai tu lelaki,bukannya perempuan.Segeng dia dekat 10 orang.Sungguh la motipp time tu.Bila lalu sebelah geng dorang,boleh jeling2 lagi.Lepas tu kutuk mengutuk kat belakang.Konon power la kan.Memang entah apa2 sungguh ~_~

4) Dulu,memang sangat suka main tembak2 nombor.Ala,kita main2 dail je apa2 nombor.Kalau kena,buat la konon2 salah nombor lepas tu nak berkenalan.Mesti ramai budak sebaya aku pernah buat,kan???Mengaku je la kalau pernah buat.Memang sangat bodoh dan jahiliyyah sungguh.Nak tulis ni pun rasa geli sampai meremang bulu roma.Time form 2 memang ramai kwn tembak2 nombor ni.Padahal lepas tu dah x contact pun.

5) Sekolah kitorang ada form 6 STAM dgn STPM.Selalunya memang 'abang' form 6 akan jadi stok budak2 hot la kat sekolah.Memang selalunya ramai akan minat budak form 6,lagi2 sebab dorang paling tua kan.Nampak matured pulak tu.Pernah minat(minat main2 je) sorang abang form 6 time form 2.Sudah la kelas dia sebelah je.Duduk dalam kelas form 2 time tu sebelah tingkap,lepas wktu rehat form 6,mesti usha tingkap nak tengok 'abang' tu msuk kelas.Malu sungguh!Start minat lepas cakap2 dgn abang tu time ada gotong royong hari sukan.Lepas tu,selalu tegur dekat tangga la.Geli2.OK.STOP.

6) Fenomena ABANG ANGKAT DAN KAKAK ANGKAT. Do I need to say more?

7) Melepak dekat tandas. Ok,ni memang lawak.Time sekolah dulu,dari form 1 sampai form 5 la,sangat SUKA pergi tandas.Tanpa tujuan.And then borak2 dengan kawan,sampai nak dekat 10 minit,baru masuk kelas.Selalu dibuat time lepas rehat or lepas habis sesuatu subjek or sebelum cikgu masuk kelas supaya xyah la dengar kelas tu lama2.Padahal xde paper pun kat tandas tu.Sudah la ada bau 'harum'.Tapi tetap setia di situ.Hoi2,pelik sungguh.

8) Berebut nak naik bas time balik sekolah.Sebagai pengguna bas sekolah yg tegar dari form 1-5,memang haruslah berebut bas setiap kali nak balik sekolah.Yang naik bas ramai,tempat duduk terhad.Sudahla panas.Perjalanan nak dekat 20 minit.Haruslah dan sangat bestlah kalau dapat duduk kan.Time form 1 baik,bagi senior duduk.Semakin besar,dah xde.Peluang untuk duduk x boleh dilepaskan :D

9) Fenomena lagu Indon.Time aku form 1-form 3,lagu Indon tengah sangat hangat dan meletopp la waktu tu.Memang WAJIB jugak la kot utk semua budak sekolah menengah tahu lagu2 Indon yg tgh hot dan meletup wktu tu.Kalau x tahu,agak la malu jugak kan. (Kalau yg kita tahu wktu tu surah2,ayat2 Al-Quran,Kisah sahabat,kan bagus) Group Peterpan,Radja,Nidji,Samsons,Ungu memang sangat meletup time tu..

10) Datang lambat time perhimpunan sekolah.Ni memang aku suka la jugak buat.Padahal aku setiap hari sampai sekolah awal kot.Aku naik bas sekolah.Sampai pukul 7 pagi stiap hari.Perhimpunan pukul 7.30.Tapi yg pasti,pukul 7.45 or 7.55 baru aku ada dalam dewan.Tunggu dah kena panggil or sound dengan cikgu disiplin baru nak gerak.Time sekolah ni,best kot lawan cikgu disiplin ni.OPS!

11) Bawak handphone/novel/majalah etc ke sekolah.Memang la benda ni x boleh kan.Tapi bila benda yg cikgu tak bagi ni la yang best buat.Hoho...


Banyak la lagi sebenarnya benda yang aku pernah buat.Sorry la,zaman muda dulu agak nakal lagi jahiliyyah.Alhamdulillah ALLAH tentukan aku belajar dekat Jordan,banyak jugak perubahan aku dah lalui.Sebab tu aku paham macam mana keadaan remaja zaman sekarang.Dah matured sikit *chewaahh* Dah datang Jordan ni,banyak la dah ubah.Mungkin,luaran x ubah terlalu banyak,tiba2 pakai tudung labuh semua.Sebab bagi aku,nak berubah biar slow2 tapi kekal.Biar kita mantapkan dalaman dulu before ubah luaran.Sebab dah namanya pun luaran kan.Tak cerminkan hundred percent dalaman kita...

Tak semua orang lalui benda sama.Ada orang mungkin baik je time sekolah smpai lah sekarang kan.Aku mungkin ALLAH uji,time muda nakal sikit.Alhamdulillah,hati terbuka nak berubah bila dah besar ni.Jadi aku faham,sangat susah nak berubah ni.

Sorry,bukan bermaksud nak bukak pekung dan aib diri sendiri.Just nak share for fun dan utk diambil iktibar.Adik2 yang msih muda di alam sekolah tu,jangan la buat mana2 perangai yg x elok yg aku pernah buat.Dah besar ni menyesal sangat kot.Terasa la dulu jahiliyyah kan.Bila dah besar,baru terfikir,apa la aku pernah sumbang utk Islam,umur dah nak 20,sumbangan pun xde.Padahal ramai sahabat2 Nabi,umur ni dah pergi berjuang dan mcm2 lagi.Kerdil sungguh diri :'(

Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH,yang buruk adalah kelemahan diri aku sendiri.Wallahualam...

Tuesday, December 27, 2011

Kebesaran ALLAH

Sedangkan daun yang gugur tu tak terkira banyaknya pun ALLAH tahu,benda2 lain apatah lagi kan...MasyaALLAH hebat sungguh kuasa ALLAH yg maha esa.

Kalau kau nak kata diri kau tu pandai,kau kena tau dengan tepat berapa banyak daun yg gugur dalam sehari,berapa banyak jantung kau berdenyut,berapa titis air hujan yang turun,berapa banyak bintang di langit etc.X dapat kan?Tapi ALLAH tahu semua tu..

Ayat2 Al-Quran memang sangat sweet dan comel :D

Monday, December 26, 2011

Muhasabah Diri

Minggu yang perit sedikit,fuh...
Perit bukan sebab ada exam tapi perit sebab ada sedikit perselisihan dgn seorang sahabat..
Rasa sangat sedih dan sakit bila kita menyakitkan hati seseorang yg rapat dgn kita,seseorang yg kita sangat sayang.Alhamdulillah,masalah berjaya diselesaikan dengan baik..
Terima kasih sahabat atas semua nasihat dan teguran :')

Betul kata org,kita sebagai manusia ni,kalau tak dtegur memang kita takkan perasan dengan kelebihan dan kekurangan kita.Tapi selalunya lebih kepada kekurangan la.Rasa sedih sebab aku asyik ulang silap yang sama,menyakitkan hati kawan dengan kata2 lancang yg aku x sedar.

Sumpah aku tak berniat jahat pun time berkata-kata tapi entah mcm mana kadang2 boleh terkeluar kata2 yg agak kasar dari mulut aku.Mungkin aku x sedar dan mngkin aku ingat kata2 itu biasa saje tapi tanpa sedar,ada yg terasa :(

Sedih sebenarnya kalau kita buat org terasa dgn kita x kisah la dengan kata2 or perbuatan or anything whatsoever..Sebab kalau ada orang buat mcm tu dekat diri kita sendiri,kita pun tak suka kan.Memang perangai aku jenis yang berani luahkan pendapat tak kira masa dan tempat tapi adakalanya kata2 aku kena berpada2 juga.



A bit of an advice from me,think carefully before you speak.Because words hit and hurt more than a sword.Trust me :)