peminat :)

jom klik

Showing posts with label jaga percakapan. Show all posts
Showing posts with label jaga percakapan. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Sahabat dan Exam

Sahabat,rasanya tak perlu elaborate panjang2 kot. Senang cakap,siapa yang ada kawan yang dia anggap sebagai sahabat,maka secara tak rasminya,memang orang tu lah sahabat dia. As for me, I'm flexible. Tengok keadaan. Ada time aku rapat dengan A, sometimes dengan B, sometimes dengan C. Aku okay je dengan semua orang.

Kenapa tiba2 sebut pasal exam? Apa kaitan sahabat,dengan exam kan? Aku sekarang dah masuk tahun 2. Tapi aku tengok masih ada 1 benda tak berubah. Tabiat orang sekeliling aku, yang suka tengok/sebar/cerita/ambik tahu markah exam aku. Macam seriously, tolonglah, markah aku biasa2 je. Aku rasa aku normal macam orang lain. Pernah je dapat markah 60+ untuk satu madah. Pernah je time exam,dapat 9/20. Pernah je menangis time call mak sebab dalam ramai2 budak Melayu yang ambik madah yang sama,aku sorang je dapat bwh 10,orang lain dapat 15/20 atau 16/20.

Mungkinkah sebab aku budak tajaan,maka tendency orang untuk ambik tahu ternyata berkali gandanya?Kalau just ambik tahu dan senyap2 sendiri takpe jugak, tak ambik kesah pun, aku pun tak tahu. Tapi mak pantang kalau orang buat cerita,orang bergosip, orang bercerita pumpang pumpang sana sini benda tak benar. Dan tiba2,ada kawan yang...erk...terasa =_="

Dalam bersahabat,memang aku banyak je pernah buat salah dekat each one of my friends. Pernah je aku terguriskan hati dorang,termarah dorang,terbuat dorang rasa annoying sangat2 dengan aku,buat dorang kecik hati,buat dorang marah dan macam2 lagi la.Dan aku memang rasa bersalah pun.Dan lately mskin kuat rasa bersalah lagi2 bila dah jadi macam ni.

Senang cerita,disebabkan orang yang terlalu mengambil tahu pasal markah exam/muaddal aku telah menyebabkan timbul salah faham sikit.Huh,annoying2.Dah lama sabar.Aku memang rasa bersalah dekat kawan aku dan aku mintak maaf banyak2.Aku banyak buat silap. Tak dinafikan.

Dan tolonglah,stop spreading wrong news. Stop spreading rumors. Dosa tahu cerita pasal orang lain, sampai buat orang salah faham semua :( Aku nak jaga hati semua orang. Jadi someone else, tolong jaga hati aku jugak yer ^^

Thursday, February 9, 2012

Wahai Rakan 'Kanak-Kanak' di Jordan

Kanak-kanak?
Siapa yang aku maksudkan sebagai kanak-kanak ni?
Budak-budak yang sibuk bermain bola di padang berdekatan Sakan Kuning ke?Atau budak-budak yang selalu riang ria gembira berlari-lari berkejaran dengan kawan-kawan di depan Dale3 Karsyak AKA depan rumah aku dekat Jordan ni?
Oh,tidak2..tidak sama sekali..
Kanak-kanak itu adalah anda,yer,anda yang membaca dan belajar di Jordan,anda yang bila ada isu sedikit terus nak update di status dan tulis di Open Talk Permai supaya sama2 dapat meluahkan 'pandangan' masing-masing bagaikan anda semua adalah ustaz dan ustazah..Fuhh,best kan kalau begitu banyak ustaz dan ustazah dari Jordan,balik Malaysia boleh menyumbang untuk ummat,walaupun hanya tahu cakap pasal isu-isu kecil seperti Murokib dan Purdah@Niqob.Eh??





Yer,anak-anak sekalian..Walaupun aku baru Tahun Dua pengajian di Jordan,aku dah bosan dengan satu fenomena yang melanda 'kanak-kanak' Jordan,baik yang tua,muda mahu pun sebaya..Bila berlaku sesuatu perkara,walaupun x lah besar mana,semua sibuk nak tulis di status Muka Buku,di Open Talk PERMAI,di blog dan macam2 lagi.Bukannya salah pun perkara ni,x salah..Itu bermakna anda cakna dengan isu semasa mahasiswa di Jordan,bagus!Tapi adakalanya macam terlalu cakna sampai macam menjaga tepi kain orang 0_o

Yang menulis pendapat,kalau berunsur nasihat yang baik,teguran dengan cara yang baik,x mengapa..Ni tullis semuanya berbaur menghentam pihak tertentu,teguran pun dengan gaya bahasa yang sememangnya x menepati skema pemarkahan Bahasa Melayu SPM.Anda ingat semua orang suka lah baca?Anda gembira bila ramai orang like status anda tu?Itu tandanya anda memang x matang,anda memang kanak-kanak.

Tak salah meluahkan pandangan,asalkan dengan cara yang baik dan dengan niat yang baik la,untuk bagi pengajaran,agar orang lain dapat mengambil hikmah..

Tapi,ikut pandangan aku pulak,rasanya mahasiswa Jordan ni (mana yang buat la,bukan semua) suka memperbesarkan isu yang kecil,sibuk bincang,pung pang sana sini padahal x tahu pun duduk sebenar perkara tu.Sibuk bercerita tapi x tahu apa.Sibuk mengata tanpa fikir perasaan orang lain.Sibuk bercerita tanpa ilmu.

Sedangkan banyak lagi isu yang lebih besar dan lebih mustahak yang boleh dibincangkan.Macam pasal isu pelajar suka ponteng kelas,isu pergaulan bebas,isu semasa ummat,isu di Syria,Palestin..Macam mana nak membangunkan Islam.Bukan sibuk bincang isu2 kecil yang x tambah pahala dan ilmu sebaliknya tambah dosa.

Kita dah pernah ke cerita pasal Islam kepada orang yang kita jumpa?Pada kawan2 Arab kita?Pernah ke kita tegur maksiat yang jelas berlaku di depan mata?Pernah ke kita sampaikan sesuatu pasal Islam kepada orang lain?Jadi layak ke kita sebagai manusia,nak sibuk menghukum orang sana sini dengan status Muka Buku kita?

Apa yang kita buat mungkin membuka aib orang lain which is berdosa besar.Pernah ke kita fikir?Perasaan orang yang membaca?

Pandangan anda mungkin ada betulnya.Pandangan dia mungkin juga ada betulnya.Cuma cara anda ingin berkongsi tu yang x berapa kena..jangan sibuk menghukum dan menuduh sebaliknya carilah penyelesaian.

Buka minda,ambil tahu isu semasa yang lebih besar.Jadi mahasiswa yang cakna dan bijak.Anda ada ilmu.Tapi gunalah sebaiknya :)

Segala yang baik datang dari ALLAH.Yang kurang adalah kelemahan saya sendiri.Apa yang ditulis bukan untuk menghentam sesiapa tapi cuma untuk memberi kesedaran.Semua orang buat silap termasuklah saya.Sekiranya cara saya ini juga salah pada pandangan anda,minta maaf..Semua orang ada pandangan masing-masing dan saya pernah ditegur supaya lebih berfikiran terbuka dan terima pandangan orang lain.Saya terima pandangan anda tapi lain kali,sampaikan dengan cara yang betul :)

Wallahualam..