peminat :)

jom klik

Thursday, February 9, 2012

Wahai Rakan 'Kanak-Kanak' di Jordan

Kanak-kanak?
Siapa yang aku maksudkan sebagai kanak-kanak ni?
Budak-budak yang sibuk bermain bola di padang berdekatan Sakan Kuning ke?Atau budak-budak yang selalu riang ria gembira berlari-lari berkejaran dengan kawan-kawan di depan Dale3 Karsyak AKA depan rumah aku dekat Jordan ni?
Oh,tidak2..tidak sama sekali..
Kanak-kanak itu adalah anda,yer,anda yang membaca dan belajar di Jordan,anda yang bila ada isu sedikit terus nak update di status dan tulis di Open Talk Permai supaya sama2 dapat meluahkan 'pandangan' masing-masing bagaikan anda semua adalah ustaz dan ustazah..Fuhh,best kan kalau begitu banyak ustaz dan ustazah dari Jordan,balik Malaysia boleh menyumbang untuk ummat,walaupun hanya tahu cakap pasal isu-isu kecil seperti Murokib dan Purdah@Niqob.Eh??





Yer,anak-anak sekalian..Walaupun aku baru Tahun Dua pengajian di Jordan,aku dah bosan dengan satu fenomena yang melanda 'kanak-kanak' Jordan,baik yang tua,muda mahu pun sebaya..Bila berlaku sesuatu perkara,walaupun x lah besar mana,semua sibuk nak tulis di status Muka Buku,di Open Talk PERMAI,di blog dan macam2 lagi.Bukannya salah pun perkara ni,x salah..Itu bermakna anda cakna dengan isu semasa mahasiswa di Jordan,bagus!Tapi adakalanya macam terlalu cakna sampai macam menjaga tepi kain orang 0_o

Yang menulis pendapat,kalau berunsur nasihat yang baik,teguran dengan cara yang baik,x mengapa..Ni tullis semuanya berbaur menghentam pihak tertentu,teguran pun dengan gaya bahasa yang sememangnya x menepati skema pemarkahan Bahasa Melayu SPM.Anda ingat semua orang suka lah baca?Anda gembira bila ramai orang like status anda tu?Itu tandanya anda memang x matang,anda memang kanak-kanak.

Tak salah meluahkan pandangan,asalkan dengan cara yang baik dan dengan niat yang baik la,untuk bagi pengajaran,agar orang lain dapat mengambil hikmah..

Tapi,ikut pandangan aku pulak,rasanya mahasiswa Jordan ni (mana yang buat la,bukan semua) suka memperbesarkan isu yang kecil,sibuk bincang,pung pang sana sini padahal x tahu pun duduk sebenar perkara tu.Sibuk bercerita tapi x tahu apa.Sibuk mengata tanpa fikir perasaan orang lain.Sibuk bercerita tanpa ilmu.

Sedangkan banyak lagi isu yang lebih besar dan lebih mustahak yang boleh dibincangkan.Macam pasal isu pelajar suka ponteng kelas,isu pergaulan bebas,isu semasa ummat,isu di Syria,Palestin..Macam mana nak membangunkan Islam.Bukan sibuk bincang isu2 kecil yang x tambah pahala dan ilmu sebaliknya tambah dosa.

Kita dah pernah ke cerita pasal Islam kepada orang yang kita jumpa?Pada kawan2 Arab kita?Pernah ke kita tegur maksiat yang jelas berlaku di depan mata?Pernah ke kita sampaikan sesuatu pasal Islam kepada orang lain?Jadi layak ke kita sebagai manusia,nak sibuk menghukum orang sana sini dengan status Muka Buku kita?

Apa yang kita buat mungkin membuka aib orang lain which is berdosa besar.Pernah ke kita fikir?Perasaan orang yang membaca?

Pandangan anda mungkin ada betulnya.Pandangan dia mungkin juga ada betulnya.Cuma cara anda ingin berkongsi tu yang x berapa kena..jangan sibuk menghukum dan menuduh sebaliknya carilah penyelesaian.

Buka minda,ambil tahu isu semasa yang lebih besar.Jadi mahasiswa yang cakna dan bijak.Anda ada ilmu.Tapi gunalah sebaiknya :)

Segala yang baik datang dari ALLAH.Yang kurang adalah kelemahan saya sendiri.Apa yang ditulis bukan untuk menghentam sesiapa tapi cuma untuk memberi kesedaran.Semua orang buat silap termasuklah saya.Sekiranya cara saya ini juga salah pada pandangan anda,minta maaf..Semua orang ada pandangan masing-masing dan saya pernah ditegur supaya lebih berfikiran terbuka dan terima pandangan orang lain.Saya terima pandangan anda tapi lain kali,sampaikan dengan cara yang betul :)

Wallahualam..

1 comment: