Picture credit to a very nice friend from Korea,syukran :)
May u have a nice bulatan gembira there!
Saya adalah seorang hamba.Dan pada waktu yang sama saya adalah seorang manusia.
Sebagai seorang manusia,saya rasa saya dah banyak tersasar daripada tanggungjawab saya sebagai hamba,hamba bukan kepada sebarangan mahkluk tetapi hamba kepada ALLAH.
Sebagai hamba,mestilah saya kena patuh kepada segala perintah dan larangan tuan saya.
Tuan saya dah jaga saya dengan baik,bagi saya keluarga,rakan-rakan,makanan dan minuman,pakaian,tempat tinggal,pendidikan dan semua benda yang saya ada sekarang ni.Tuan saya adalah tuan paling baik.Dia sangat sayangkan saya.Kalau dia tak sayangkan saya,mestilah dia akan tarik semua benda tu kan?
Tapi kenapa,saya sebagai hamba,tak melaksanakan tanggungjawab saya sepenuhnya sebagai hamba?Saya sayang tuan saya,lebih dari segala-galanya.Tapi saya masih buat tuan saya murka.Saya takut sangat kalau-kalau satu hari nanti tuan saya dah tak ambil peduli dengan saya,terus tinggalkan saya selama-lamanya.Saya takut sangat kalau tuan saya sangat marah dengan saya dan tak nak ampunkan kesalahan saya.
Saya dah banyak buat silap,bukan dengan tuan saya,ALLAH sahaja tapi dengan orang lain sekeliling saya.Tuan saya ciptakan saya,dia mintak saya buat dua benda je,jadi khalifah dan beribadah kepada dia.Tapi kenapa dua benda yang simple tu pun susah saya nak tunaikan?Sedangkan bila saya mintak macam-macam daripada tuan saya,dia bagi je.Saya yang malu dengan tuan saya tu.
Hamba lain yang bergelar manusia,tolong ingatkan saya.Bila saya terlalai dan terleka dari tanggungjawab saya sebagai hamba.Kita semua hamba kan.Saya nak kita semua sama-sama ke syurgaNya,saya takut ke neraka.Saya tak nak jadi umat yang tuan saya tak sayang lagi,umat yang dibenci.Saya sering terlupa dengan tanggungjawab,terlupa untuk bersyukur.Jadi tolong ingatkan saya.Tarik saya bersama anda ke arah kebaikan.Takkan nak masuk syurga sorang-sorang?Semoga kita semua beramai-ramai,berpegangan tangan menuju syurgaNya.
ALLAH maha mengetahui.Saya harap DIA tahu,saya sedang berusaha,berusaha laksanakan tanggungjawab saya sebagai hamba,sebaiknya..


No comments:
Post a Comment