peminat :)

jom klik

Showing posts with label rasulullah. Show all posts
Showing posts with label rasulullah. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

terasa murah harga sebuah ukhuwah

salam...
saje update blog tgh mlm,sbb baru lepas study *ceh2,nk tayang pulak bila study.astaghfirullah,bkn niat riak yer*
di kebelakangan ni,ada lah beberapa benda yang aku perasan
aku perasan betapa mudah dan murahnya nilai UKHUWAH sekarang ni
bnda tu dah jadi something yg dipndg rndah,dipandang remeh bagaikan xde nilai langsung
apekah??mengapa bnda ni jadi sampai tahap mcm ni sekali??

wujud ke nilai atau kayu pengukur utk nilai ukhuwah tu?brdasarkan kekayaan?rupa?kebijaksanaan?atau terikat dgn satu ikatan yg hnya ada pada org tertntu,di bawah nama usrah...
sekiranya kita bukan terdiri dan x mmpunyai mana2 ciri2 yg dah dimention tu,x layak ke kita utk berukhuwah bersama?

nilai2 persahabatan zaman sekarang,dah x tulus
semuanya memandang kepada yg zahir tanpe melihat yg batin
disebabkan tu lah,mereka yg baik hanya berkawan dgn mreka yg baik dan mereka yg kurg baik kwn dgn yg sjenis dgn mereka
jd macam mana nk wujudkan suasana ukhuwah fillah sebenar?ukhuwah dalam kata kita menganggap sahabat kita sbg ahli keluarga,melebihkan sahabat,saling tegur menegur kesilapan satu sama lain dan mengajak masing2 ke arah kebaikan

mengapa masih ada sistem menghakimi dalam persahabatan?akibat drpd penghakiman manusia yg cetek lah,mereka memilih utk meninggalkan sahabat yg dilihat x memberi manfaat
atau mungkin mereka rasa mereka lebih alim jadi x layak lah bg mereka yg x sama taraf utk mendapat rakan2 yg 'alim' ni

contohi cara Rasulullah dalam bersahabat dan berukhuwah.contoh paling baik boleh diambil pada peristiwa selepas hijrah ke Madinah.ukhuwah antara Ansar dan Muhajirin
dapat kah kita peluang merasai ukhuwah semanis itu?
wassalam....

ps:tibe2 lak mlm2 buat post serius2 ~_~
just utk renungan bersama dan bukan utk mnyinggung mana2 pihak :D

Monday, February 21, 2011

bila agama dijadikan permainan


salam....
disebabkan selalu post pasal diri sendiri,this time,ingin post pasal benda yang lebih berfaedah utk dibaca
sejak akhir2 ni,aku sering nampak 1 keadaan di mana,orang menjadikan agama tu sbg satu permainan
permainan?apekah maknanya??

kalau permainan,ada rules dan syarat2 tertentu dan kita sendiri boleh tentukan syarat2 tu
ada sesetengah orang,kalau dia nk mudah,dia tukar lah syarat permainan tu,menjadi yg lebih mudah dimainkan bersama
ok,pening sikit ayat.nk buat macam mana,BM dah lama tak buat karangan

macam tu jugak dengan agama.utk kmudahan diri sendiri,ramai orang yg kononnya mengaku umat ISLAM menjadikan agama tu seolah permainan.
dengan mudahnya mereka ni tukarkan syarat2 yg ditetapkan ALLAH,melonggarkan syarat2 dengan alasan untuk kemudahan,ISLAM tu agama yang mudah
betul,mmg ISLAM bukan lah agama yg menyusahkan umatnya tapi adalah SALAH sama sekali untuk kita umat ISLAM menukarkan apa yg dah disyariatkan oleh ALLAH semudah-mudahnya

dalam bentuk menjadikan agama sbg permainan ni,bukannya kita buat ajaran sesat ke apa,tak lah sampai thp mcm tu.sbb kalau ajaran sesat ni mmg jelas dan wadih nampak kesesatannya
tapi dalam hal ni,kita buat ijmak ulama sendiri tntg something tanpa mengetahui pokok pangkal atau kita buat something yg jelas salah tp kita cakap tak sebab benda tu ada dalam syariat or benda tu rmai org yg konon2 mengaku ISLAM tu buat walaupun kita pun tak tahu benda tu salah atau tidak
*eh,kita???silap bahasa,MEREKA ya,sorry*

contohnya macam zaman sekarang,isu PAKAI TUDUNG BERBONGGOL TINGGI YG MACAM UNTA TU
ada kata x salah tapi ramai lah yg kata salah kan dengan berpegang pada satu hadith yg disebutkan Rasullullah
bagi yg kata boleh,mesti lah sebab mereka ni kata,ramai je yg pakai,org arab pun pakai.orang arab hafaz AL Quran semua,tak kan lah buat bnda salah kan.tp mereka ni x tahu,org arab tu pun manusia,bukan malaikat!
yg salah tetap salah!

contoh kedua,pergaulan antara lelaki dan perempuan
ini memang isu hot!lg2 dalam kalangan remaja.aku pun pernah jadi remaja so aku tahu
lumrah remaja mmg suka try sesuatu yg baru
lumrah remaja nak rasa perasaan kasih berkasihan
isu hotnya adalah,COUPLE TU HARAM!!
dari aku akhir sekolah menengah pun,ramai lah akak2 form 6 mencanangkan benda ni padahal tup2,nampak akak tu dating dengan pakwe walaupun bertudung labuh,.cakap x serupa bikin betul ==''
selalunya macam tu lah,sibuk berdakwah tapi tak paham apa yg didakwahkan
bila dia kata benda tu haram,banyak lah dalil yang keluar
alhamdulillah,betul lah dalil tu
tapi bila dia sendiri buat benda yg salah tu,pandai lah pulak dia putar belit kan hadith dan ayat2 al-quran utk membenarkan apa yang dia buat tu padahal benda tu salah



hmm..ok lah,aku x berani nak ulas panjang2.ilmu di dada pun masih x cukup
ni hanya lah sesuatu yg aku luahkan dari hati aku,mengikut pandangan aku
minta maaf kalau ada yang terasa
yang baik daripada ALLAH,yang salah adalah kekhilafan aku sendiri
wallahhutaa'la a'lam...
wassalam...

Tuesday, February 15, 2011

salam maulidur rasul

salam...
alhamdulillah,dapat lagi kita bangun dan menghirup udara hari ini
tetapi trnyata ramai antara kita terlupa dgn satu nikmat ni,nikmat dapat bangun tidur.bkn nikmat tidur je yg kita patut hargai tapi nikmat dapat bangun dan diberi peluang oleh ALLAH utk menikmati satu lg hari atas muka bumi ni pun sepatutnya kita hargai
*ceh,padahal aku pun jrg hargai,xpe2,muhasabah diri =) *

hari ni tepat 12 Rabiulawal,satu tarikh hijriah yg wajib semua umat Islam ingat
kalau x ingat,x tahu nk cakap apa sebab hari ni lah,kita semua dapat menikmati nikmat Islam,berada di bawah satu lembayung rahmat dan nikmat agama yg benar,alhamdulillah...
tu lah tarikh kelahiran kekasih ALLAH,Rasulullah...
hari di mana penuh rahmat dan nikmat

adakalanya bila teringat sejarah perjuangan Rasulullah,terasa diri aku ni kerdil sangat
Rasulullah yg x prnh brputus asa dlm menyampaikan dakwah walau menghadapi banyak dugaan dan cabaran,tentangan,ancaman bunuh dan sbgnya
tetapi aku ni,baru ada cabaran dlm pelajaran sikit,cabaran dalam hidup sikit dah rasa nk brputus asa
nk give up,down,sedih,menangis dan semua yg sewaktu dengannya
jadi bersmpena hari yg AGAK SUPER SPECIAL mulia ni,aku nk ajak diri aku dan semua orang utk muhasabah balik diri kita
kita ckp kita CINTA,SAYANG dan RINDU pada Rasulullah tp kita ikut ke sunnah dan semua ajaran Rasulullah?? aku pun sama lah,pndai ckp tp x pndai buat =__='
tp dah name kita pun manusia,perlu sntiasa diberi peringatan
so,aku harap lepas ni,kita semua lebih rajin muhasabah diri
bandingkan kehidupan kita dengan Rasulullah,insyaALLAH...

wassalam....