peminat :)

jom klik

Saturday, December 24, 2011

Kembara Diri

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,akhir-akhir ni sgt banyak nikmat yang ALLAH dah bagi.Tapi tu la,sbg manusia,susah sangat kita nak bersyukur.Sedangkan nikmat yg ALLAH bagi tu skejap je dah boleh ditarik balik,astaghfirullah... Sedar diri sendiri lemah,x habis2 memikir nasib diri sedangkan ada shaja insan yg lebih teruk nasibnya... Astaghfirullah...

Alhamdulillah,wpun sem ni byk ujiannya,tapi disebalik ujian mmg ada nikmat yg ALLAH bagi.Akhir2 ni byk sgt ujian hati yg ALLAH bagi.Dan bila fikir balik,bukannya ALLAH bagi sbb nak mmpercepatkan ssuatu yg belum sampai masanya tapi nak uji diri aku ni bersedia ke tak dgn perkara mcm ni.Dan aku boleh kata yg aku tak bersedia lagi.

Bak kata seorang sahabat,

"tak perlu dikejar benda ni selagi diri tak bersedia.selagi pembinaan diri masih ditahap yg x mmberansangkan.selagi fardul muslim tak dipenuhi.nak melangkah ke tahap seterusnya mestilah dgn hadaf dan tujuan yg betul.kalau fardhul muslim x kuat,mstilah tahap lg satu pn mudah goyah kan?"

Betul kata sahabat tu.Memang banyak lagi perlu ditempuhi.Diri sendiri memang masih x kuat,Masih baru dalam dunia yang baru ni,masih tercari-cari arah dan semangat.Ingin berubah tapi ternyata ingin berubah x mudah,tapi tak lah susah jugak kan.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan,insyaALLAH :)

Akhir2 ni,byk sangat fenomena 'sweet' melanda Irbid.Ujian utk warga Irbid barangkali.Ujian supaya mengutamakan yang lebih utama dan bukannya leka dengan yg x sepatutnya.Terbaca di blog rakan seperjuangan,memang terkesima.Melihat penulisannya menyentuh isu sweet yg x spatutnya dihadkan pada ssuatu.Sedangkan dalam Al-quran lagi byk kisah sweet yg lebih hebat yg sepatutnya diambil iktibar...

Serius kata,jalan yang aku pilih ni memang susah dan panjang.Tapi dalam hati x henti2 berdoa dan berharap agar terus kekal di jalan yang benar.Agar sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH..

Sori post ni x nampak tujuannya di mana.Tapi biarlah hanya pemilik blog yg tahu :D *senyum panjang*

Tuesday, December 20, 2011

Kekecohan dan Kekepohan Pasal Video Tunang

Assalamualaikum...
It's morning already in Jordan :)

Sejak dua hari yg lepas sgt2 la kecoh dekat internet pasal video "I've been proposed and now I'm engaged" tu sampai kan beriban org dok share video tu trmasuk la aku,ngeh3.You can watch it here here.Selain dari tu,blog kepada tuan yg dilamar tu pun dah jadi sangat fofuler after dia buat video tu.Follower blog dia dari awal2 yg aku tgk baru 350++ dah jadi 2000++ 0_o

You can go and read her blog Dena Kamarul Bahrin here.

Sejak dia buat video tu memang byk komen yg aku dah baca.Tak kurang juga artikel2 dalam blog.Ada yg suka.Ada yg hentam.Ada yang malas nak ambil kisah.Tapi,sorry to say,aku SOKONG sahaja cik Dena ni punya video.

Ehem,ingin diberitahu aku sokong bkn sbb semata-mata aku rasa video tu sgt sweet comel alolo bestnyer kalau benda mcm tu jadi kat aku,oi,tak...Kalau setakat nak rasa mcm tu,mat saleh pun byk buat video sweet2 kan.NOPE.That's not the reason.Aku sokong sbb aku rasa video tu boleh bg impak yg baik dekat budak2 Malaysia,I mean teenagers nowadays la.Sebab in my opinion,many people can relate to her,even myself.Dia jenis gila2,pakai pun biasa2,mcm teenagers lain but dia buat something yg org lain jrg buat.

After tgk video tu,mybe rmai other teenagers akan rasa, 'wah,dia boleh buat mcm tu.so sweet.x kenal dah brtunang.aku pun nak mcm ni la.x nak couple2 lagi.suruh mak cari someone and then brtunang dgn dia' See?X mustahil kan?

Kawan aku sorang ni ckap, "perempuan ni dgn lelaki tu x mcm yg aku bygkan.aku ingatkan dorang jenis yg alim2 ke.rupanya biasa je"

M answer is, "bagusla jugak tu.dorang biasa2 je tapi ada kesedaran utk buat sesuatu yg baik dan betul.org lain yg ada pengetahuan agama tak buat sgt mcm tu pun kan.sometimes main tibai je couple mcm org biasa".



Ada org komen dkat blog,apa yg dia buat x elok sbb sbaiknya elok sweet2 ni lpas kahwin je.Yg tu,aku mls nk komen pndpt org tu,everyone have their own opinion :) Cuma bagi aku,ape yg lelaki tu buat x melampaui batas.Just a picture.And dia buat tu utk tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan dia.Lagi2 dia pernah kena rijek kan dgn perempuan tu.So mesti la dia kena buat something.Ingat senang ke a guy nak buat mcm tu?Kena buang ego dan malu tahu!Lagi2 bila dah pernah kena rijek.

Aku nak share pndpt Hilal Asyraf dan aku sgt setuju pendapat Hilal tu,sangat benar dan tepat.Orang yg dah rasa shaja tahu,hoho...His opinion:

"Ada orang tak tahu perasaan kena reject macam mana.
Saya tahu.
Ada orang tak tahu perasaan diterima semula selepas kena reject macam mana.
Saya tahu.
Sebab itu, saya support je video yang sweet tu. Sebab saya faham.

Bila perempuan yang kita cintai reject kita, 'geng-geng manusia biasa macam saya' ni mesti terluka punya walaupun usaha untuk redha. So bila diterima semula, kita yang dah pernah kena reject ni mestilah usaha sungguh-sungguh buat yang terbaik kepada perempuan itu. Dah pernah kena reject la katakan, kita mesti fikir ada something wrong pada kita yang buat sampai perempuan tu reject kita. So kita akan usaha jadi se'sweet' mungkin, agar perempuan tu ada impression yang baik pada kita, agar dia tidak takut dengan kita, agar dia tak rasa menyesal terima kita.

Dan bila perempuan tu post video 'keterharuan' dia, pada saya itu respon spontan seorang yang sangat-sangat terharu, yang mungkin baru tersedar yang dia rupanya tak pernah buka peluang untuk kenal dengan lelaki yang cuba lamar dia, yang mungkin baru terperasan yang dia sebenarnya dikurniakan seseorang yang amat manis.

Janganlah kita bising-bisingkan fasal "Rahsiakanlah pertunangan" kepada mereka ini. Sedangkan, merahsiakan pertunangan itu tidak pernah qat'ie. Janganlah kita gempak-gempakkan dengan "kalau putus nanti macam mana?", sepatutnya kita encourage agar mereka cepat&selamat berkahwin. Sekurang-kurangnya, lelaki dan perempuan tu telah menunjukkan satu contoh yang baik, bukan bercouple. Tunjuk contoh macam mana 'melamar' dengan baik, dengan jalan yang baik, dengan prinsip yang baik."

Jadi,that's all that I want to say.Lain org lain pandangannya.I have my own opinion.Pasal org ckp heboh x heboh pertunangan tu,aku serah pada org yg lebih maklum hukumnya.X berani nak komen lebih sbb ilmu aku masih x cukup.

Yang baik dari ALLAH.Yang buruk adalah kelemahan aku sendiri.Wassalam...

Sunday, December 18, 2011

Jelajah Cari Kutub!!

Assalamualaikum...
Sori sudah lama x update,internet sgt slow.Sementara laju maka boleh la update :D

Semalam dah buat satu kembara menjelajah Amman utk cari kutub2 ilmiah,hehe...
Kalau dalam kalangan bdak Melayu dekat Jordan ni,memang Maktabah Dandis sangat la femes sbg tmpt nk cari buku2/kutub2 agama etc.

Jadi semalam aku dgn sorang housemate,Mardiana,dah pergi menjelajah Amman,BERDUA utk cari Maktabah Dandis.Kitorang x pernah pergi pun kedai buku ni.Just tanya dkat kwn2 yg prnah prgi mcm mane nk ke sana dan ape landmark tempat tu.Dgn brbekalakn tu,kitorang cari kedai buku tu dan alhamdulillah sgt2,jumpa jugak padahal x prnah prgi.Memang susah sikit nak cari kedai buku tu.Memang jelajah Balad Amman la smlm semata2 nk cari buku.

Maktabah tu mmg sgt best dan osem ok!Sangat byk buku2.Sampai rambang mata tgk!Pekerja kedai dgn tokey kedai tu sgt baik.Syukran kethir utk layanan yg sgt osem :)

Alhamdulillah,smua kitab yg kitorang cari ada.Dan kitorang berbelanja hampir 400jd seorang!Berkotak2 buku kitorang beli.InsyaALLAH esk or lusa buku akan smpai.X sbr!Tu pun msih ada buku yg x beli lg.Tunggu la lpas ni insyaALLAH akn ke sana lg utk beli buku.

Tu je kot nk tulis.Nak ke kelas.Sambung lpas2 ni :)

Wassalam...

Wednesday, November 23, 2011

Serius Aku Tak Tahu

Assalamualaikum...
Sorry,sudahlah dah lama x update,bila update pulak tajuk macam... Erkk...
Serius cakap,aku memang x tahu macam mana nak puaskan hati semua orang.
Dan aku paling tak suka bila aku penat-penat menjaga hati orang,tapi mereka2 ni dengan sewenang-wenangnya menyakitkan hati aku.Ingat aku xde hati ke?

Dulu aku pernah je kna tegur time Form 3,pasal mulut aku yg sangat pedas.Memang lepas2 tu aku sangat jaga apa yang aku cakap.Kalau ada yang terpedas jugak tu,serius memang aku x perasan,memang aku bukan sengaja cakap2 berbaur pedas tu.

Tapi apa yang aku pelik adalah bila orang terasa dengan aku,dengan benda yang sememangnya biasa2 je.Benda yang aku bagi tahu kerana maklumat benda tu BENAR!Ak cakap macam tu demi kemaslahatan semua orang,demi kebaikan di masa hadapan sebba benda tu pernah terjadi pada aku jadi aku tau la baik buruknya.Aku tahu perangai kwn2 aku sorang2 tu mcm mana.

Penat la semua orang tuding jari pada aku.Serius,lepas ni aku dah xnak bagi pandangan atau pendapat apa2 dah kalau macam ni je la yang aku dapat.Sedih tau bila niat kita baik dan orang asyik salah faham pada kita :'(

Sudahlah macam ni.Sesiapa yang terasa,aku minta maaf.Lain kali,jangan biar mulut aku bagi pendapat,tangan aku menaip pendapat aku.Bincang apa sahaja korang mahu,x perlu tanya pendapat aku lagi ok :)

Saturday, October 29, 2011

Aku Yang Lemah

Hidup memang kena sabar.
Ada time kau hilang sabar dengan orang sekeliling.
Ada time orang sekeliling hilang sabar dengan kau.
Tapi hidup xde ujian x best la kan.
Ujian yang menguatkan kita.
Ada time,rasa sangat tak bersemangat.
Rasa macam nak balik je.
Serius rasa x kuat.

Ada time rasa macam orang sekeliling menaruh harapan terlalu tinggi
Terasa macam everyone is judging me
Terasa macam kalau tersilap langkah walaupun sedikit,orang akan serang dari kanan dan kiri
Tak kuat la.
PENAT.
Jaga hati orang.
Jaga hati sendiri.

Tapi akhir2 ni,terasa benci dengan diri sendiri.
Nampak diri aku macam asyik tertonjol keburukan diri
Perangai buruk macam kerap keluar.
Jadi minta maaf pada kawan2
Aku tak sempurna.
Ada time aku benci diri sendiri
Susah sangat nak berubah walaupun berjuta kali nak berubah
Suntikan semangat terasa hilang.
Rasa nak kembali
Sebab nak terus di sini tak berdaya
Nak kembali tak sanggup

Rakan2,terima kasih atas sokongan.
Aku bukan orang yang kuat,aku hanya berpura2 kuat.

Aku ada masa yang aku LEMAH.

Thursday, October 27, 2011

Jordan vs Malaysia

Assalamualaikum...
Eh,kau duduk mana?Malaysia ke Jordan?
Malaysia?
Mesti kau x pernah rasa musim sejuk kan?Kan?
Mesti kau x pernah rasa tukar waktu bila masuk musim sejuk,tiba2 sehari ada 25jam.
Haha,kesian.Siapa suruh duduk Malaysia je.
Jom la datang belajar kat Jordan ni :)

Ps: update xde mksud pun.sekian.